Sunday, March 29, 2009

Monolog

Tuhan,
gerak
tangis
ratap dan bicaraku
kadang tak semurni
apa yang ku ikrar pada-Mu
Seandainya hati hancur
kerana merindu
ku junjung terus
perintah-Mu
tuhanku

O Allah, my lord help me
help me
help me steadfast in the road of Islam
forgive me when i whine
i'm just merely human being
fragile at times and often lost on track

Bubur Nasi Kasih Sayang

Salam..resepi ni pun dah lapuk juga sbnrnya..saya masak bubur ni sebelum saya sendiri kene jangkit dengan fever ituww..hoho..bubur nasi yang simple ni sesuai di makan oleh org2 demam dan tak sihat badan..sesaje bubuh nama bubur nasi kasih sayang sebab masa ni la org2 sakit ni nak diberi perhatian..kan kan kan..ehehe *big grin* ..dan yang penting masa memasak gunakan perencah bismillah dan selamat syifa'..mai tengok apa bahan-bahan nak buat bubur ni..MySpace



Bahan-bahan
  • 2 cawan beras
  • Air secukupnya
  • 300 gm udang sederhana
  • 50 gm kernel corn
  • 50 gm sweet peas
  • 50 gm diced carrot
  • 15 biji bawang merah
  • salt
  • daun bawang
  • ikan bilis goreng
  • kacang tanah goreng
  • good dash of black pepper ( optional)
To prepared
  • Masak beras dengan air yg lebih shingga jadi bubur nasi.
  • Masukkan udang, carrot dan corn
  • Bawang merah tu semuanya dihiris nipis dan digoreng sehingga kekuningan dan dimasukkan ke dalam bubur nasi tadi..
  • lastly, masukkan sweet peas dan garam dan pepper
  • Hias dengan ikan bilis, kacang tanah dan daun bawang, boleh la dihidangkan pada yg sakit tadi..hehe..kalau ada air barli pun sedap juga..

Thursday, March 26, 2009

Demam

Salam..lama tak update blog..in fact selama beberapa hari cuti sekolah hari tu saya sangat sibuk menjaga orang-orang sakit di rumah..mama ng yaya yang paling teruk demamnya..last2 si penjaga org sakit turut jatuh sakit..alhmdulillah saya selamat dijangkiti 'fever' itu pada hari Ahad ( dah termiss tugas kat edusub..huhu..gomen ne!)MySpace

i rarely get sick and to be specifik [fever]..i even not remember when is the last time i get it..huhu..so, once sekali kene it will be bad..very very bad..hoho..kepala sakit, panas badan, sorethroat, mulut pun rasa pahit..makanan saya masa sakit ni ialah asam2..( oh oh oh..very unhealthy, tp time cmni je saya makan pun)

huh..ada ke sesape yg suka sakit ni? saya nak kata suka tak la..sebab ada satu hari tu saya kene ponteng kelas..mujur petang tu selamat dapat MC ( ni mc yg pertama tau!..hehe) ..nak kata tak suka sakit cmni pun tak jugak..alhmdulillah Allah bagi sakit ni bersebab ( there must be 'hikmah' )..moga2 ia menjadi penawar dosa2 yang lalu..( Allahumma Ameen MySpace). Benarlah nikmat sihat itu biasanya dilalaikan dengan byk bende sehingga lupa pada Sang Pencipta..lunaknya hati bermunajat memohon pertolongan saat ditimpa kesakitan..syukur Allah masih memberi kesempatan memohon rahmatnya..sewaktu sakit menjadi tidak tertahan dan tidak tertanggung hanya Allah tempat berpegang dan memohon pertolongan..Sungguh Allah menjadi tempatku bergantung harap..


Terima kasih Allah kerana peduli pada hambamu yang hina ini..
Terima kasih kerana sudi pandang hambamu yg penuh dosa dan noda
Terima kasih Allah kerana mendengar permohonanku..
Ya Rabb Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya Engkaulah harapan kecintaanku..

p/s : saya nak senyum byk2 lepas ni..cover tak senyum masa sakit demam..hehe..

Saturday, March 21, 2009

Makaroni Goreng

Saya masak makaroni masa school holiday hari tu..resepi ni kire dah lapuk la..hehe..baru nak kuar..nyum3..sgt simple ni jd yg baru nak belajar memasak boleh cuba..saya upload kat resepi jugak..boleh jenguk cini


Simple yet tasty


Bahan-bahan
  • 1 Pack makaroni
  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili kering
  • 3 biji tomato
  • 500ml air
  • 300 gm udang
  • jagung muda
  • sweet peas
  • sos tomato & sos cili
  • garam & gula
Cara-cara
  • Blend bawang besar + 2 ulas bwang putih + cili kering yang telah direbus
  • Rebus makaroni dalam air mendidih yg dicampur minyak dan sedikit garam sehingga al dente ( terlalu keras atau lembut..yg sedang2 je)
  • Blend tomato dengan air untuk menjadikan jus tomato
  • Tumis 3 ulas bawang putih yg telah dicincang sehingga naik bau
  • Masukkan cili blend dan tumis lagi sehingga garing. Masukkan udang dan goreng selama 3 minit.
  • Masukkan pula jus tomato + sos cili dan sos tomato. Biarkan mendidih selama 3 minit.
  • Masukkan sayur2, gula, garam dan makaroni. Kacau sebati sehingga makaroni meresap kuah tadi..
  • Siap untuk dihidangkan!

Thursday, March 12, 2009

Roti Kacang Merah


Salam..Yatta! berjaya membuat roti kacang merah..hehe..uyum2..kenapa roti kacang merah sangat sedap??..huhuk..Oishiii desuneee...Mari tengok recipe untuk buat roti kacang merah ni..saya ambik kat cini..MySpaceMySpace

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 120 ml air
  • 250 g tepung roti
  • 30 g telur
  • 10 g susu tepung
  • 40 g mentega
  • 40 g gula kastor
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh bread improver dan 1/2 camca teh bread softerner (optional)
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Inti kacang merah secukupnya
  • Sedikit mentega utk disapu

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan mengikut turutan kecuali "BAHAN2 LAIN", ke dalam bread maker. Pilih setting utk doh dan on kan. Tunggu sampai siap.
  2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Bahagi 12 dan bulat2kan. Rehatkan 10 minit.
  3. Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda (lebih kurang 35 minit). Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12 minit. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.


fluffy cik roti kacang merah yg sangatt oiishii!!

ohh..saya takde breadmaker..so uli manual jek..hoho..MySpace..Ja ne!




Tuesday, March 3, 2009

Penah Dengar Teori Evolusi Cinta?


Salamun alayk..kerana diri ini sedang dilanda sindrom kemalasan menulis ( hanya ingin menulis thesis pd masa ini), maka hanya ingin berkongsi sebuah artikel yang dibaca di my staple diet ..mudah-mudahan menjadi renungan bersama..At the mean time proses penulisan thesis sudah hampir 80% siap..Yatta!! cuma nak touch up2 skit..hehe..all praise be to Allah..Omedetou guzaimas to my self..
MySpaceMySpace


evolusicinta-e

“Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.

“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.

Keras bunyinya.

Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.

“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.

“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.

Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.

‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU

s0102

Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.

Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.

Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.

“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

7_163

“”Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka” [al-A'araaf 7: 163]

Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.

“Asfala saafileen,” kata al-Quran.

Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:

2_65

“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!” [al-Baqarah 2: 65]

Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.

Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.

BATAS PERGAULAN

Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:

33_53

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]

Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.

Hijab itu tafsirannya luas.

Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.

Apakah tujuannya semua itu?

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.

“Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.

Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.

Iaitulah soal HATI!

33_53-i

“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?

Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Mulut kalian tidak menyebut.

Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.

Tubuh kamu tidak menampakkan calar.

Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.

Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.

Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.

Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!

Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.

Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta.

sumber : http://saifulislam.com

Thursday, February 19, 2009

M.E.N.C.A.R.I

white rose by KVF

Salam 'alayk..
Sekarang sedang dalam 'Thesis Mode'..
Sambil2 buat thesis dengar nasyid yg amat menyentuh hati ni..


Layar keinsafan by Mestica

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan


Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan


Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora


[Ya Rabb..ku mencari layar keinsafan..R.I.N.D.U]
T_T

Tuesday, February 10, 2009

Tengok gambar ye..


Salam alayk..lama tak update..sibuk di dapur ..hehe.. *winkwink*
Lets the pictures do most of the talking..

cupcake bawak balik hostel..hehehe

cupcake coklat

tak reti deco lagi..huhu

jemput-jemput apple utk minum petang

apam coklat utk breakfast

second attempt buat sushi..all sort of sushi..just name it ..tamago sushi, maki sushi, ebi sushi, muraki sushi dan ada sushi tempe ( pengaruh jawa ku terserlah sudah..hehe)..alhmdulillah selamat masuk perut semua..tp ada sorang sudah muntah..hukhuk

Tuesday, January 20, 2009

Jom Boikot Israel











http://d-kru.blogspot.com/2008/12/jom-boikot-israel.html



sangat menyentuh hati..Palestine, maafkan kami kerana terlewat..

Saturday, January 17, 2009

We Will Not Go Down (Song for Gaza)

Salam alayk..i keep listen to Untukmu Palestine and this song over and over..O Allah please help my brothers and sisters in Palestine..Ameen..*cry*



A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Saturday, December 27, 2008

Muhasabah Cinta





Muhasabah CInta

oleh: Edcoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Friday, December 26, 2008

Puas ku rayu puas ku seru

Puas ku rayu puas ku seru

Jawapanmu tetap yang dulu

Oh sukarnya mengajakmu!

Namun kasihku padamu cukup padu

Lantaran itu

Aku kan terus menyerumu

Pada yang Satu

ku genggam kukuh suatu azimat,

“Kita hanya penyeru, bukan penghukum”

Ya Allah, ku harap bantuan-Mu

Mengiringiku

SERU

Dan terus menyeru, itu tugas Rasul-Mu

Akan kuteruskan semampuku

Hingga ke hujung waktu

How Dangerous of a Driver I am?

How dangerous of a driver are you?


wow..an A for me..hehe..penumpang2 yang penah merasa kereta atau motor yang dipandu oleh saya setuju ke tak agaknya..hukhuk..

p/s : sesaje boring2..ngeh3

Monday, December 22, 2008

Maki sushi


Salam alayk..
Setelah sekian lama membeli beras sushi baru sekarang berkesempatan membuatnya..*big grin*
kadang2 tengok movie pun boleh mempengaruhi selera juga..hehe..ni kes tgk cite korea ng jepun la ni..huhu..as long bnde yg nak makan tu halal its ok..tu yang penting..seperti firman Allah swt ..

“Ertinya : Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi” [Al-Baqarah : 168]

sebelum decide utk bt maki sushi ni saya sempat minta tlg MR 'google' utk cari idea..hehe..mai kite tgk apa bahan2 yg diperlukan..

ni beras sushi..ada gambo sumo kat depan tu


beras die comei2 dan pendek2 *smile*



nasi yang sudah dimasak..1 cup of rice + 2 cup of water..then add in vinegar+ sugar+salt to the rice



ni ialah seaweed nak buat balut sushi tu..


fried egg, carrot, cucumber and crab stick for the filling


sushi mat..ni kalau takde boley je nak bt sndri..bt sesape yg rajin la..hehee..ikat je lidi ng benang

* mula2 letak seaweed atas sushi mat
*letak nasi
*letak filling
*gulung-gulung sampai jadi..hehe


tadaaa...dah siap gulung terus slice to a bite size..boleh dimakan..ietadakimaaass



apa dah jadi ni???

scene 1 : eii..bau mcm ikan puyu jerk..hoho ( seaweed tu yaya my younger sis kata mcm bau ikan puyu belaan kami..hoho)

scene 2 : boleh makan ni..i can do it..anggap je mcm makan ikan..si jijah

scene 3 : uweek..( bau langsung terus nak vomit..mujur tak sempat lagi..huu)

scene 4 : telan je la..(saya) control dpn adik2..hoho

huhu..gara-gara tekak melayu yang xlalu makan sushi ni..hukhuk..bau je terus melugai ( cmne nk terang maksud ni ye?hoho)..yeah..ceah..harap je peminat cite jepun ng korea..bile bau sushi je terus nak muntah pulak..ngeh3..huhu..saya je yg memberanikan diri menelan maki sushi yg telah dibuat..ok la jugak..tapi tak lama pastu terus pening2 lalat lalu bum...*dizzy*..hoho..mission fail


Saturday, December 20, 2008

Oreo Cheese Cake for my sis( ! عيد ميلاد سعيدة)


This is my first attempt to bake a cake for my sis birthday..i've baked oreo cheese cake..doesn't this cake looks yummy?hehe..its taste even better ( sounds exaggerate isn't it.huh)..unfotunately, she's not here so..kteorang yg kat umah jela yg makan..hehe..jahat tak along? ngeh3..eventhough dapat tgk gmbar cake tu je hope u know we always remember u (ingat tuh!) dah balik nanti boleh bt cake lagi..dun worry be happy k..<> .


Ingredient ( for crust)
18 Oreo cookies, remove the cream and crush into crumbs
2 tbsp butter/margarine, melted
2 tbsp sugar

Ingredient ( for filling)
5 pakej of cream cheese ( softened)
2 cup of sugar
5 eggs
1 tsp vanila extract

* u'll need 11 -inch of springform pan*

Cara-cara
1. preheat oven 160°C
2. utk crust, hancurkan biskut oreo dan gaul dengan melted butter dan gula
3. tekan bahan crust tadi dalam springform pan. Tinggikan sikit bahagin tepi crust tu. Sejukkan sehingga digunakan nanti.
4. Dalam mixer, pukul cream cheese sehingga kembang, lembut berkrim selama lebih kurang 5minit.
5. Masukkan gula dan pukul lagi selama 3 minit
6. Masukkan pula telur satu persatu dan pukul sehingga kembang dan sebati
7. Masukkan vanila extrct
8. Tuang filling ke dalam springform pan dan ratakan
9. Bake for about 1 hour and 2o minutes. Sejukkan cheese cake selama sejam dan kemudian masukkan ke dalam freezer selama 4 jam sebelum dihidangkan




owh owh owh oreo


we need 5 packs of cream cheese...huhu..


pusing sana pusing sini...overload sudah..


comot betul..hehe..ni la first time bt..

sannah helwah ya jamil .: oreo cheese cake setelah dimake up dengan buttercream :.


bunga apa nih..hentam la labu *wink2*


a slice of oreo cheese cake


looks yummy lets go eat it..hehe

enough talking about the cake..mai kite tgk birthday girl ni punya hadiah pulak..siap send via YM lagi nak kasi semua kat umah ni jealous ( owh..adikku..hehe)


ni la present yg dia dapat mostly dari ahli beit el-anonymous

17th december maka dah 19 tahun umur adikku ni..semoga dengan pertambahan umur ini meningkatkan kematangan diri, menambahkan keimanan dan amal ibadah..gunakan peluang yang ada untuk meningkatkan ilmu duniawi dan ukhrawi..( kurangkan ckit tgk anime tu..eheh)..may allah grant u with happiness, joy and success..moga dipanjangkan umur dalam keberkatan..*hugs* كل عام وانت بخير

p/s : wish u were here eating the cake i've baked..owh..