Showing posts with label .: Cooking with Love :.chicken. Show all posts
Showing posts with label .: Cooking with Love :.chicken. Show all posts

Saturday, June 19, 2010

Kung Pao Chicken

Salam wbt..huh, penat mencari resepi ayam ni..tak save pulak lepas dah copy resepi ni hari tu..resepi ayam kung pao ni best, nak tahu kenapa saya kata best? sebab mama cakap " sedapla ayam masak mcm ni" hehe..senyum melebar sampai ke telinga si chef dek pujian si ibu..*takla seharian memanjang senyum kang org kata apahal la budak ni*..Mama mmg akan puji kalau masakan tu betul2 sedap, so saya yakin resepi ni mmg best..mari kite tgk resepi ni ayam kung fuu oppss, ayam kung pao copy paste dari cini..Happy cooking





Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
1 s/b tepung jagung
1 sk garam
- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus - [kakliza beli yg dalam paket kat kedai tu]
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 biji lada bengala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm sos tomato
1/4 cwn air
minyak tuk menumis

Cara
1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali
2. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan
3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
4. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
5. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api


Friday, June 18, 2010

Sup ayam lengkuas

Salam wbt..Hari ni saya masak sup ayam lengkuas untuk makan tengahari, saje nak try resepi baru..tapi saya tak ikut betul2 resepi ni.Apa yang ada kat dapur je letak..hehe..alhmdulillah maintain sedap..hish, kalau bahan cukup ni mesti marvelous rasanya..yum yum yum...haa, jom tgk resepi copy paste jek dari sini...blog Mat Gebu





BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam sederhana besar, potong ikut suka
1.5 liter air
500 ml santan (boleh guna 3/4 tin susu sejat)
1 biji bawang besar, belah 4
5 helai daun limau purut
3 batang serai, dititik
60 g lengkuas, dihiris nipis
7 biji cili padi siam, diketuk
2 camca besar sos ikan "nampla"
10 biji cendawan butang, belah dua
100 g cendawan telinga kera @ black fungus jenis segar
1/4 biji kobis
1/2 camca besar gula
4 biji limau nipis, perah jusnya
1 genggam daun hirisan daun ketumbar
3 camca besar sambal "khas" (resipi dibawah)
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Belahan cili padi untuk hiasan

BAHAN SAMBAL "KHAS" :-)
1 cawan cili kisar
1 camca besar gula pasir
6 camca besar sos ikan
3/4 cawan minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan jus limau nipis dan perap 20 minit, cuci kembali dan toskan. Kobis dipotong kasar2, cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, satukan serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi ketuk, belahan bawang besar dan jerang hingga mendidih. Masukkan ayam tadi bersama2 sambal khas, cendawan butang dan black fungus. Biar mendidih selama 25 minit atau hingga ayam masak.
  3. Tambah daun ketumbar, sos ikan, gula dan kobis, biar mendidih sekejap dan masukkan santan, biar mendidih perlahan.
  4. Akhir sekali tuang jus limau nipis tadi. Kacau rata dan biar masak sebentar, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam atau sos ikan. Jika suka masam, perah jus limau nipis lagi.
  5. Hidangkan panas dengan taburan daun bawang dan cili padi hiris....Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi dan mee...Jika menggunakan susu cair, jgn didihkan lama sangat, cukup sekadar mendidih sahaja....
  6. UNTUK SAMBAL KHAS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili tadi, masukkan gula dan terus menumis hingga cili garing. Matikan api dan masukkan sos ikan, kacau rata. Boleh digunakan untuk sup ayam lengkuas



Sunday, December 7, 2008

Ayam masak merah

Hari ni saya masak ayam masak merah utk Hari Raya Aidiladha..and somebody requested this recipe..so..pd yg request tu..sila-silalah tgk..pasni masak sedap2 eh..hehe..

Bahan-bahan
  • seekor ayam
  • bwg merah
  • bwg besar
  • bwg putih
  • halia
  • serai
  • tomato puree
  • daun saderi dan daun bwg
  • sos cili
  • cili kering
  • santan/ susu cair
  • kulit kayu manis/ bunga lawang/ buah pelaga/ bunga cengkih
  • carrot
  • tomato
Cara-cara memasak
  1. Blend bwg merah, bwg besar, bwg putih, halia, serai dan cili yg telah direbus
  2. Potong ayam ikut suka, gaulkan dgn garam, halia dan bwg putih ( yg telah diblend gk)
  3. Goreng ayam separuh masak je.
  4. Next utk kuah die, mula2 kita tumis rempah2 ratus tu..kulit kayu manis dan kwn2nya
  5. Bila dah mula wangi,masukkan bahan yg telah di blend td
  6. Tumis sehingga cili masak..ni kene pandai2 agak..klu cili xmsk nanti sakit perut pulak..hukhuk..mb lebih kurang 30 minit kot..pandai-pandailah yer..hehe
  7. Masukkan air, tumis lagi..
  8. Masukkan carrot, serai yg dah diketuk ng tomato dadu.Masuk sekali sos cili dan tomato puree
  9. Masak lagi dalam 10 minit, then in goes the sugar and salt..secukup rs lidah..hehe..
  10. Masukkan santan atau susu cair..tp sebenarnya tak letak pun ok jgk..tp yg lagi sedap lemak berkrim mestilah kene ltk santan atau susu cair
  11. In goes the fried chicken and cook in another 5minutes..Perah limau kasturi/ nipis..well balance kan masam, manis dan masinnya..
  12. Lastly, taburkan daun bwg dan daun saderi tu..DOne..



cili kering + bwg putih + bwg bsr + serai + halia


yg ni lps diblend kan



gaul ayam dengan bhn-bhn blend ( grm+halia+bwg putih)



erk..ni santan kotak..tp sbnrnya tak guna pun td....hehe..tp portion die sesuai utk seekor ayam..



daun bawang + daun saderi



goreng same die..hehe..goreng sampai btl2 msk yek


masukkan carrot + tomato + serai yg diketuk ( serai tu sembunyi kat belakang..hoho)



in goes the chili sos..


sila masukkan yg hijau sebelah tu..:">


perahkan asam limau secukup rs lidah anda..:D



tada..dah siap..nyumm2..
( mesti org kat cana tu dah terliur..hehe..sila p masak sendiri :-P...)

dan akhir sekali.Salam Aidiladha buat semua..moga dapat sama2 menghayati erti pengorbanan sebenar..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini