~~Flavor of My Life~~

Each and every season Allah has made for you and me to marvel at His wonders and praise Him thankfully

Salam wbt..
Saya buat bergedil daging untuk Eidhuladha 1430H..untuk makan dengan soto..nyumm.. jom tengok resepi..

Bahan-bahan :

10 biji kentang
300 gm daging cincang
5 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang besar dihiris
3 tangkai daun ketumbar dihiris halus
Garam dan lada sulah secukup rasa
2 biji telur

Cara-cara :
1. Kupas kentang dan potong wedges kentang tu..Goreng sehingga kentang masak dan berwarna keperang-perangan. Tumbuk kentang menggunakan lesung sehingga lumat.
2. Goreng semua bawang sehingga kekuningan.
3. Masukkan kentang yang telah lumat ditumbuk, bawang goreng, daun ketumbar, daging, garam dan lada sulah. Gaul rata semua bahan dan bentukkan bulat dan leper
4. Celup bergedil dalam telur dan goreng sehingga masak.



Nampak tak daun ketumbar tu macam besar-besar? hehe..


Tadaa..dah siap..tapi termasin sikit..tapi takpe sebab nak makan dengan soto..lalala


Selamat Mencuba !

Salam wbt

Aduhai malasnya diriku nak menaip.Tadi ingat nak menaip blog lepas zuhur dan tidur sekejap sebelum Asar suddenly dah dengar azan Asar...jom-jom solat awal waktu..Alhamdulillah dah berjaya upload resepi..adikku, boleh lah try lepas ni eh..jangan tengok jek..hoho


Bahan-bahan:

  • Lapis Bawah

  • 120gm biskut tiger (hancurkan..klu nk gune biskut lain pon boleh..ikut citarasa sndiri)

  • 70gm unsalted butter (dicairkan)

  • Lapis Atas

  • 250gm cream cheese (lembutkan)

  • 120gm gula kastor

  • 2 keping biskut tiger

  • 150gm dairy whipping cream

  • 1 ½ tbsp halal gelatine

  • 80ml full cream milk

  • Chocolate mousse

  • 250gm whip cream

  • 1 tbsp vanilla essence

  • 1 sb serbuk halal gelatine (cmpur dgn 6 tbsp air panas)

  • 50gm serbuk koko + 80 gm gula icing

  • 1 sb nescafe + 1 ½ sb air panas

  • Tmbh susu pekat sket (kalu adunan rasa pahit)

  • Chocolate ganache

  • 35gm serbuk koko

  • 50gm gula kastor

  • 150gm whipping cream

  • 80gm chocolate masak

  • 30gm mentega

Cara-cara :

Lapisan bawah:

  1. Hancurkan biskut tiger. Kemudian, campur dengan butter yang tlah dicairkan. Tekan rata dalam springform pan (7 inci ) Masuk dalam peti sejuk selama sejam

Lapisan atas:

  1. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yg tlah dihancurkan, whipping cream)

  2. Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan td. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)

Chocolate mousse:

  1. Pukul whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rase pahit, tmbh susu pekat sket je. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse

Chocolate ganache:

  1. Masukkan semua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula. Bila agak2 chocolate ganache da keras, boleh la dihidangkan.

  2. Biarkan cake betul2 keras kalau tak cair. Lagi satu, saya dah buat cake ni dan rase agak manis sedikit. So kalau sape yang xsuke manis2, boleh kurangkan sket sukatan gula. Selamat mencuba!










Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku
pada seseorang yang melabuhkan cintanya
padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk
menyintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku
padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku
pada seseorang yang merindui jihad dan syahid di
jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam
terakhirMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui
kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga terlupa pada kasihMu yang hakiki dan
abadi.


* Sedang mencintai Rabb yang telah menciptakanku, mama abah yang telah mendidikku, adik-adik yang telah menceriakanku dengan telatah kalian dan ukhti-ukhti yang dikasihi keranaNya..*

Jumpa lagi..Insya Allah


Tart Nenas yang comot ini dek tanganku yang tak berseni..hoho



Assalamualaikum wbt..
Raya tahun ini saya telah mencuba satu resepi biskut tart nenas. Resepi ni saya ambik dari Blog Tiffin Biru. Alhmdulillah berjaya jugak buat tart ni..memandangkan kerana begitu 'determine' nak buat tart ni saya dengan sedaya upaya buat tak endah je pada biskut-biskut raya yang banyak dijual..dahla harganya murah..tapi saya tak tergoda ye..mine are freshly homemade tart.. ngeh3..sesiapa nak makan biskut raya boleh la mai umh..peace *_ *

Yang bestnya buat tart ni, kalau kita ada sous chef dan kali ni sous chefku diterbangkan khas dari eygpt..hoho..terima kasih daun keladi kerana tolong menggentel inti tart nenasku, tahun depan gentel lah lagi ye..ngeh3


Introducing my sous chef 1


Sous Chef special...Terima kasih ye kamu




Meh kita tengok resepi tart nenas ni..

BAHAN DOH :-)
150 g mentega
100 g margerine
75 g gula aising ( saya kurangkan gula )
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
350 g tepung gandum*
50 g tepung jagung*(*digaul dan diayak)

BAHAN UNTUK GLIS :-)
1 kuning telur
1 camca teh susu cair
Secubit garam
1/4 camca teh air
1/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JEM NENAS :-)
450 g nenas (yang mengkal)
200 g gula kastor
1/2 camca teh esen nenas
1/2 camca teh jus lemon

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK JEM NENAS :- Parut nenas dan masak bersama gula hingga mendidih. Masukkan esen dan jus lemon, kacau rata dan masak atas api perlahan sehingga jem pekat dan hampir kering (kira2 dalam 1 jam). Matikan api dan sejukkan. Bulat2kan jem dan bentukkan bujur (anggaran 1/2 camca teh untuk setiap biji). Buat hingga siap.
  2. UNTUK DOH :- Putar mentega, margerine dan gula aising hingga berkrim. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan garam, putar lagi. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap untuk kegunaan kemudian.
  3. UNTUK GLIS :- Satukan semua bahan2 untuk menglis dan ketepikan untuk kegunaaan kemudian.
  4. UNTUK TAT NENAS GULUNG :- Ambil sedikit doh, masukkan ke dalam acuan tat (jenis tekan) dan tekan memanjang. Ambil sebiji jem yang telah dibentukkan tadi, letak atas doh dan gulung sehingga doh menutupi jem, potong dengan pisau dan alihkan ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap. Jika doh menjadi keras dan susah untuk ditekan, tambah sedikit mentega pada doh dan uli rata (anggaran 1 camca teh mentega). Sapukan sedikit glis atas tat tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Moga jumpa lagi..Insya allah


Salam wbt. hari ni saya nak share satu resepi chocolate cake yang best..resepi ni saya cuba dari myresepi. padahal kek ni dah lama berzaman pun buat tapi tak sempat-sempat nak post resepi..hehe.. jomlah kita tengok bahan-bahan nak buat kek ni..senang yet tasty !



Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila

chocolate ganache
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup

Cara-cara

  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
  7. **utk ganache**
  8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  10. tambahkan golden syrup
  11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
  12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
  13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit