Sunday, March 29, 2009

Monolog

Tuhan,
gerak
tangis
ratap dan bicaraku
kadang tak semurni
apa yang ku ikrar pada-Mu
Seandainya hati hancur
kerana merindu
ku junjung terus
perintah-Mu
tuhanku

O Allah, my lord help me
help me
help me steadfast in the road of Islam
forgive me when i whine
i'm just merely human being
fragile at times and often lost on track

Bubur Nasi Kasih Sayang

Salam..resepi ni pun dah lapuk juga sbnrnya..saya masak bubur ni sebelum saya sendiri kene jangkit dengan fever ituww..hoho..bubur nasi yang simple ni sesuai di makan oleh org2 demam dan tak sihat badan..sesaje bubuh nama bubur nasi kasih sayang sebab masa ni la org2 sakit ni nak diberi perhatian..kan kan kan..ehehe *big grin* ..dan yang penting masa memasak gunakan perencah bismillah dan selamat syifa'..mai tengok apa bahan-bahan nak buat bubur ni..MySpace



Bahan-bahan
  • 2 cawan beras
  • Air secukupnya
  • 300 gm udang sederhana
  • 50 gm kernel corn
  • 50 gm sweet peas
  • 50 gm diced carrot
  • 15 biji bawang merah
  • salt
  • daun bawang
  • ikan bilis goreng
  • kacang tanah goreng
  • good dash of black pepper ( optional)
To prepared
  • Masak beras dengan air yg lebih shingga jadi bubur nasi.
  • Masukkan udang, carrot dan corn
  • Bawang merah tu semuanya dihiris nipis dan digoreng sehingga kekuningan dan dimasukkan ke dalam bubur nasi tadi..
  • lastly, masukkan sweet peas dan garam dan pepper
  • Hias dengan ikan bilis, kacang tanah dan daun bawang, boleh la dihidangkan pada yg sakit tadi..hehe..kalau ada air barli pun sedap juga..

Thursday, March 26, 2009

Demam

Salam..lama tak update blog..in fact selama beberapa hari cuti sekolah hari tu saya sangat sibuk menjaga orang-orang sakit di rumah..mama ng yaya yang paling teruk demamnya..last2 si penjaga org sakit turut jatuh sakit..alhmdulillah saya selamat dijangkiti 'fever' itu pada hari Ahad ( dah termiss tugas kat edusub..huhu..gomen ne!)MySpace

i rarely get sick and to be specifik [fever]..i even not remember when is the last time i get it..huhu..so, once sekali kene it will be bad..very very bad..hoho..kepala sakit, panas badan, sorethroat, mulut pun rasa pahit..makanan saya masa sakit ni ialah asam2..( oh oh oh..very unhealthy, tp time cmni je saya makan pun)

huh..ada ke sesape yg suka sakit ni? saya nak kata suka tak la..sebab ada satu hari tu saya kene ponteng kelas..mujur petang tu selamat dapat MC ( ni mc yg pertama tau!..hehe) ..nak kata tak suka sakit cmni pun tak jugak..alhmdulillah Allah bagi sakit ni bersebab ( there must be 'hikmah' )..moga2 ia menjadi penawar dosa2 yang lalu..( Allahumma Ameen MySpace). Benarlah nikmat sihat itu biasanya dilalaikan dengan byk bende sehingga lupa pada Sang Pencipta..lunaknya hati bermunajat memohon pertolongan saat ditimpa kesakitan..syukur Allah masih memberi kesempatan memohon rahmatnya..sewaktu sakit menjadi tidak tertahan dan tidak tertanggung hanya Allah tempat berpegang dan memohon pertolongan..Sungguh Allah menjadi tempatku bergantung harap..


Terima kasih Allah kerana peduli pada hambamu yang hina ini..
Terima kasih kerana sudi pandang hambamu yg penuh dosa dan noda
Terima kasih Allah kerana mendengar permohonanku..
Ya Rabb Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya Engkaulah harapan kecintaanku..

p/s : saya nak senyum byk2 lepas ni..cover tak senyum masa sakit demam..hehe..

Saturday, March 21, 2009

Makaroni Goreng

Saya masak makaroni masa school holiday hari tu..resepi ni kire dah lapuk la..hehe..baru nak kuar..nyum3..sgt simple ni jd yg baru nak belajar memasak boleh cuba..saya upload kat resepi jugak..boleh jenguk cini


Simple yet tasty


Bahan-bahan
  • 1 Pack makaroni
  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili kering
  • 3 biji tomato
  • 500ml air
  • 300 gm udang
  • jagung muda
  • sweet peas
  • sos tomato & sos cili
  • garam & gula
Cara-cara
  • Blend bawang besar + 2 ulas bwang putih + cili kering yang telah direbus
  • Rebus makaroni dalam air mendidih yg dicampur minyak dan sedikit garam sehingga al dente ( terlalu keras atau lembut..yg sedang2 je)
  • Blend tomato dengan air untuk menjadikan jus tomato
  • Tumis 3 ulas bawang putih yg telah dicincang sehingga naik bau
  • Masukkan cili blend dan tumis lagi sehingga garing. Masukkan udang dan goreng selama 3 minit.
  • Masukkan pula jus tomato + sos cili dan sos tomato. Biarkan mendidih selama 3 minit.
  • Masukkan sayur2, gula, garam dan makaroni. Kacau sebati sehingga makaroni meresap kuah tadi..
  • Siap untuk dihidangkan!

Thursday, March 12, 2009

Roti Kacang Merah


Salam..Yatta! berjaya membuat roti kacang merah..hehe..uyum2..kenapa roti kacang merah sangat sedap??..huhuk..Oishiii desuneee...Mari tengok recipe untuk buat roti kacang merah ni..saya ambik kat cini..MySpaceMySpace

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 120 ml air
  • 250 g tepung roti
  • 30 g telur
  • 10 g susu tepung
  • 40 g mentega
  • 40 g gula kastor
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh bread improver dan 1/2 camca teh bread softerner (optional)
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Inti kacang merah secukupnya
  • Sedikit mentega utk disapu

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan mengikut turutan kecuali "BAHAN2 LAIN", ke dalam bread maker. Pilih setting utk doh dan on kan. Tunggu sampai siap.
  2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Bahagi 12 dan bulat2kan. Rehatkan 10 minit.
  3. Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda (lebih kurang 35 minit). Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12 minit. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.


fluffy cik roti kacang merah yg sangatt oiishii!!

ohh..saya takde breadmaker..so uli manual jek..hoho..MySpace..Ja ne!




Tuesday, March 3, 2009

Penah Dengar Teori Evolusi Cinta?


Salamun alayk..kerana diri ini sedang dilanda sindrom kemalasan menulis ( hanya ingin menulis thesis pd masa ini), maka hanya ingin berkongsi sebuah artikel yang dibaca di my staple diet ..mudah-mudahan menjadi renungan bersama..At the mean time proses penulisan thesis sudah hampir 80% siap..Yatta!! cuma nak touch up2 skit..hehe..all praise be to Allah..Omedetou guzaimas to my self..
MySpaceMySpace


evolusicinta-e

Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.

“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.

Keras bunyinya.

Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.

“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.

“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.

Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.

‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU

s0102

Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.

Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.

Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.

“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

7_163

“”Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka” [al-A'araaf 7: 163]

Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.

Asfala saafileen,” kata al-Quran.

Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:

2_65

“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!” [al-Baqarah 2: 65]

Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.

Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.

BATAS PERGAULAN

Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:

33_53

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]

Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.

Hijab itu tafsirannya luas.

Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.

Apakah tujuannya semua itu?

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.

Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.

Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.

Iaitulah soal HATI!

33_53-i

“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?

Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Mulut kalian tidak menyebut.

Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.

Tubuh kamu tidak menampakkan calar.

Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.

Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.

Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.

Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!

Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.

Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta.

sumber : http://saifulislam.com