Sunday, November 29, 2009

Bergedil Daging

Salam wbt..
Saya buat bergedil daging untuk Eidhuladha 1430H..untuk makan dengan soto..nyumm.. jom tengok resepi..

Bahan-bahan :

10 biji kentang
300 gm daging cincang
5 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang besar dihiris
3 tangkai daun ketumbar dihiris halus
Garam dan lada sulah secukup rasa
2 biji telur

Cara-cara :
1. Kupas kentang dan potong wedges kentang tu..Goreng sehingga kentang masak dan berwarna keperang-perangan. Tumbuk kentang menggunakan lesung sehingga lumat.
2. Goreng semua bawang sehingga kekuningan.
3. Masukkan kentang yang telah lumat ditumbuk, bawang goreng, daun ketumbar, daging, garam dan lada sulah. Gaul rata semua bahan dan bentukkan bulat dan leper
4. Celup bergedil dalam telur dan goreng sehingga masak.



Nampak tak daun ketumbar tu macam besar-besar? hehe..


Tadaa..dah siap..tapi termasin sikit..tapi takpe sebab nak makan dengan soto..lalala


Selamat Mencuba !

Monday, November 2, 2009

Choc Cheese Cake

Salam wbt

Aduhai malasnya diriku nak menaip.Tadi ingat nak menaip blog lepas zuhur dan tidur sekejap sebelum Asar suddenly dah dengar azan Asar...jom-jom solat awal waktu..Alhamdulillah dah berjaya upload resepi..adikku, boleh lah try lepas ni eh..jangan tengok jek..hoho


Bahan-bahan:

  • Lapis Bawah

  • 120gm biskut tiger (hancurkan..klu nk gune biskut lain pon boleh..ikut citarasa sndiri)

  • 70gm unsalted butter (dicairkan)

  • Lapis Atas

  • 250gm cream cheese (lembutkan)

  • 120gm gula kastor

  • 2 keping biskut tiger

  • 150gm dairy whipping cream

  • 1 ½ tbsp halal gelatine

  • 80ml full cream milk

  • Chocolate mousse

  • 250gm whip cream

  • 1 tbsp vanilla essence

  • 1 sb serbuk halal gelatine (cmpur dgn 6 tbsp air panas)

  • 50gm serbuk koko + 80 gm gula icing

  • 1 sb nescafe + 1 ½ sb air panas

  • Tmbh susu pekat sket (kalu adunan rasa pahit)

  • Chocolate ganache

  • 35gm serbuk koko

  • 50gm gula kastor

  • 150gm whipping cream

  • 80gm chocolate masak

  • 30gm mentega

Cara-cara :

Lapisan bawah:

  1. Hancurkan biskut tiger. Kemudian, campur dengan butter yang tlah dicairkan. Tekan rata dalam springform pan (7 inci ) Masuk dalam peti sejuk selama sejam

Lapisan atas:

  1. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yg tlah dihancurkan, whipping cream)

  2. Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan td. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)

Chocolate mousse:

  1. Pukul whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rase pahit, tmbh susu pekat sket je. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse

Chocolate ganache:

  1. Masukkan semua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula. Bila agak2 chocolate ganache da keras, boleh la dihidangkan.

  2. Biarkan cake betul2 keras kalau tak cair. Lagi satu, saya dah buat cake ni dan rase agak manis sedikit. So kalau sape yang xsuke manis2, boleh kurangkan sket sukatan gula. Selamat mencuba!








Monday, October 5, 2009

Ya Allah jaga lah cintaku



Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku
pada seseorang yang melabuhkan cintanya
padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk
menyintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku
padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku
pada seseorang yang merindui jihad dan syahid di
jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam
terakhirMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui
kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga terlupa pada kasihMu yang hakiki dan
abadi.


* Sedang mencintai Rabb yang telah menciptakanku, mama abah yang telah mendidikku, adik-adik yang telah menceriakanku dengan telatah kalian dan ukhti-ukhti yang dikasihi keranaNya..*

Jumpa lagi..Insya Allah


Sunday, September 20, 2009

Tart Nenas Gulung

Tart Nenas yang comot ini dek tanganku yang tak berseni..hoho



Assalamualaikum wbt..
Raya tahun ini saya telah mencuba satu resepi biskut tart nenas. Resepi ni saya ambik dari Blog Tiffin Biru. Alhmdulillah berjaya jugak buat tart ni..memandangkan kerana begitu 'determine' nak buat tart ni saya dengan sedaya upaya buat tak endah je pada biskut-biskut raya yang banyak dijual..dahla harganya murah..tapi saya tak tergoda ye..mine are freshly homemade tart.. ngeh3..sesiapa nak makan biskut raya boleh la mai umh..peace *_ *

Yang bestnya buat tart ni, kalau kita ada sous chef dan kali ni sous chefku diterbangkan khas dari eygpt..hoho..terima kasih daun keladi kerana tolong menggentel inti tart nenasku, tahun depan gentel lah lagi ye..ngeh3


Introducing my sous chef 1


Sous Chef special...Terima kasih ye kamu




Meh kita tengok resepi tart nenas ni..

BAHAN DOH :-)
150 g mentega
100 g margerine
75 g gula aising ( saya kurangkan gula )
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
350 g tepung gandum*
50 g tepung jagung*(*digaul dan diayak)

BAHAN UNTUK GLIS :-)
1 kuning telur
1 camca teh susu cair
Secubit garam
1/4 camca teh air
1/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JEM NENAS :-)
450 g nenas (yang mengkal)
200 g gula kastor
1/2 camca teh esen nenas
1/2 camca teh jus lemon

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK JEM NENAS :- Parut nenas dan masak bersama gula hingga mendidih. Masukkan esen dan jus lemon, kacau rata dan masak atas api perlahan sehingga jem pekat dan hampir kering (kira2 dalam 1 jam). Matikan api dan sejukkan. Bulat2kan jem dan bentukkan bujur (anggaran 1/2 camca teh untuk setiap biji). Buat hingga siap.
  2. UNTUK DOH :- Putar mentega, margerine dan gula aising hingga berkrim. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan garam, putar lagi. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap untuk kegunaan kemudian.
  3. UNTUK GLIS :- Satukan semua bahan2 untuk menglis dan ketepikan untuk kegunaaan kemudian.
  4. UNTUK TAT NENAS GULUNG :- Ambil sedikit doh, masukkan ke dalam acuan tat (jenis tekan) dan tekan memanjang. Ambil sebiji jem yang telah dibentukkan tadi, letak atas doh dan gulung sehingga doh menutupi jem, potong dengan pisau dan alihkan ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap. Jika doh menjadi keras dan susah untuk ditekan, tambah sedikit mentega pada doh dan uli rata (anggaran 1 camca teh mentega). Sapukan sedikit glis atas tat tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Moga jumpa lagi..Insya allah


Wednesday, September 16, 2009

Chocolate Cake

Salam wbt. hari ni saya nak share satu resepi chocolate cake yang best..resepi ni saya cuba dari myresepi. padahal kek ni dah lama berzaman pun buat tapi tak sempat-sempat nak post resepi..hehe.. jomlah kita tengok bahan-bahan nak buat kek ni..senang yet tasty !



Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila

chocolate ganache
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup

Cara-cara

  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
  7. **utk ganache**
  8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  10. tambahkan golden syrup
  11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
  12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
  13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit

Monday, August 31, 2009

Tuna Bun




Salam wbt..diam tak diam dah lebih seminggu kita berpuasa. Alhamdulillah, bersyukur kerana masih berpeluang bertemu Ramadhan yang dirindui, sama-sama kita race untuk membuat amalan dengan sekuat-kuat mujahadah pada bulan yang diberkati ni.

Memandangkan cuti sekolah seminggu, jadi apalagi yang dibuat di rumah kalau tidak sibuk menyediakan juadah berbuka puasa, salah satunya roti ni..sesaje nak cuba resepi ni pulak. Sejak habis praktikum dan mula puasa ni jadi malas pulak nak update blog..aduhai~ bersawang ajelah nampaknya blog ni.

jom tengok resepi buat roti ni.mudah je as long u want to try..saya tak pakai bread maker pun, i don't have one. pastu inti roti ni ikut suka nak bubuh apa pun. ikut selera masing-masing.




BAHAN -BAHANNYA
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung Hong Kong
60 g gula halus
1 camca teh garam
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur
140 ml air
30 g mentega


CARA MEMBUATNYA
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 jam
  2. Bentukkan ikut suka, nak letak inti tuna ke, kosong saja pun boleh
  3. Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Saturday, August 29, 2009

Sambal Kentang





Bahan-bahan :
5 biji kentang
5 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering ( rendam dulu)
2 sudu besar sos plum
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Kupas dan potong wedges kentang,rebus sehingga empuk dan kemudian goreng kentang.
2. Tumbuk bawang putih dengan udang kering ( Bahan A)
3. Blend atau tumbuk cili kering, bawang merah dan bawang besar bersama ( Bahan B)
4. Tumis bahan A sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan B. Masak sehingga cili betul-betul masak lebih kurang 15 minit.
5. Masukkan sos plum, garam dan gula secukup rasa dan sedikit air. Masak lagi selama 5 minit
6. Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng
7. Taburkan daun bawang dan siap untuk dihidangkan. ^ _ ^
Posted by Picasa

Monday, July 13, 2009

Daijoubu, Gambatte ne!

Salam wbt..


Esok harinya, rasa takut + excited..

Mohon doa semua , moga Allah permudahkan..Allahumma Ameen

Sunday, July 12, 2009

Langkah Tercipta

tulip twice by California Grandma K


Langkah Tercipta - UNIC

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Thursday, July 2, 2009

Dapurku Berasap

Salam.lama benar rasanya tak menyonteng dinding blog ni..dah bersawang dah..hoho..Biasalah bila cuti sekolah selalunya jarang ada masa nak duk depan laptop selalu, memandangkan dapurku sentiasa menjerit mintak utk berasap neh..keh2.. padahal penyakit malas pun kuat melanda time cuti sekolah baru ni..jom tgk gambar nak cite banyak2 pn bende dah lepas..hukhuk


Nih dia konon2 bento buat kat adikku Zizah dan Nana sweet corn + mini tuna puff + bread and butter pudding with bluberries..bila lah lagi ada kesempatan nak buat bento utk diorang ni lagi..*sad*sad*


This one is the first order i got from Nana's friend for her mum birthday..this moist chocolate cake with chocolate ganache layered with peach sold for only RM10..limited edition i can say..*wink*wink*


Lagi gambar kek coklat RM10



Chocolate cake buat makan kat umah jer ni..rajin pulak nak melayer ..hoho..*suka*suka*



yang ni gambar sebelum kene potong..malas sgt nak deco so just letak je coklatku yg byk datangnya dari Langkawi ituww



Sesaje buat pulut mangga since abah memang penggemar pulut


Enough for cake as for now ..sekarang tengah mood nak buat kuih muih tradisional pulak..i realize mama dan abah prefer kuih tradisional dari kek2 ni..lagi pun naik muak dh tgk kek ni..huuu..sepanjang cuti i've baked almost 10 cakes..fuihh~ mane la tak naik muak tgk kek kan..hehe..

Senarai kuih tradisional dlm plan akan dtg:

  • Nagasari ( Abah's favourite)
  • Lopez ( Abah's favourite)
  • Kuih Bakar ( Mama's favourite)

Tanjoubu Omedetou Yaya

Love how can i forget u..my dear sister..dah 6 tahun..huhu..jangan besar2 boleh tak..*nonsense big sis*



1/4 cakes i've baked for her birthday party..adoii..messy deco by me




2/4 cakes i've baked for her..special deco with her name in Jawi..tak jumpa di kedai nih tau!



ah..not-so-hello kitty-cake i guess..hoho..poor me..not hello kitty but just comot kitty..hehe..biaq p lah..hihi..Yaya said " nak makan kek kucing kat sekolah nanti"..


last one..ni pun lebih kurang je comot cam deco kek lain..



all four cakes together after a night without sleep..semata2 for my beloved sis..*big hug yaya*
Alhamdulillah 4 cake yg bwk p kindergarten ni habis..lega..

Wednesday, May 20, 2009

New Definitions of a Teacher (Tony Buzan)



New Definitions of a Teacher (Tony Buzan)


1. reducing the pain of stupidity
mengurangkan sakitnya digelar orang bodoh


2. main provider of the intellectual capital of the nation and the world

pemberi utama kepada modal intelektual kepada negara dan dunia


3. mining the 99% of untapped potential
menggali baki 99% potensi yang tidak disentuh

4. provides the main stimulus & nutrition for developing the physical architecture for the students brain
menjadi pemangkin dan sumber untuk perkembangan fizikal kepada seni bina minda pelajarnya


5. protector of the physical & mental health of the students

pelindung kepada kesihatan fizikal dan mental pelajarnya


6. helps the students to build palaces of its potential perfect memory
membantu pelajar membina kamar-kamar di dalam istana minda bagi mendapatkan keupayaan daya ingatan yang sempurna

7. the provider of the correct formulae that allows the inate natural potential for brilliance to grow & flower

pemberi kepada formula yang betul yang membenarkan laluan kepada potensi kecerdasan hidup subur


8. rare privilege of being able to act as a prime role-model for the students

keistimewaan yang langka untuk menjadi model ikutan kepada pelajar


9. person responsible for launching the students' lifelong learning journey

insan yang bertanggungjawab melancarkan pelajarnya ke platform menimba ilmu yang berpanjangan

10. helps launch the child on the exploration of its own internal universals
membantu pelajarnya meneroka keupayaan minda sendiri

11. provider of worthwhile daydreams and shepherd who helps the students make it come true
memberi angan-angan bermakna dan membimbing pelajarnya merealisasikan angan-angan itu.


Happy Teacher's day!

Friday, May 15, 2009

Tiramisu Gembira Hatiku




Salam

Oh..setelah ternampak tiramisu di rumah Wani, terus datang idea nak buat tiramisu sebab nampak sgt senang..saya buat cuti hari tu..huhu..baru nak letak resepi kat cini..huhu..Resepi ni saya ambik kat sini..tapi dah adjust ikut sesuka hati ..hehe

TIRAMISU dalam bahasa Itali bermaksud 'gembirakanlah hatiku' dan ada juga yang define as 'Pick me up' Jadi, pastilah bila anda menyediakannya, anda akan menggembirakan hati seseorang dengan kesedapannya yang tidak terkata.nyumm nyum nyumm..(^___^)..memang sedap dan mudah..takde oven pun boleh buat ( i'm thinking of making Tiramisu here in hostel..hehe..) MySpace

Bahan-bahan

250gm whipping cream

250gm cream cheese

18-20 keping biskut span

170ml air kopi ( dicampur gula)

Serbuk koko secukupnya

30gm parutan coklat

Strawberries utk hiasan


Cara membuatnya

1. Pukul whipping cream sehingga kental. Ketepikan

2. Putar cream cheese hingga lembut. Pastikan cream cheese dibiarkan dalam suhu bilik sebelum digunakan

3. Campurkan whipping cream dengan dengan cream cheese, kacau rata

5. Celupkan biskut ke dalam air kopi. Susun beberapa keping dalam mangkuk kaca

6. Ratakan separuh campuran krim

7.Ayak serbuk koko diatasnya. Ulang langkah 5 hingga 7 sehingga habis biskut dan krim

8. Hiaskan dengan strawberries..



Gembira hati tengok dah jd Tiramisu

looks yummy?..tryla buat..hehe

Tuesday, May 12, 2009

Back from KBAZ


Salam

Pagi itu saya terjaga awal sebelum alarm berbunyi walaupun malam sebelumnya memang tidur lewat..alhmdulillah mmg bila kita semangat semuanya jd smooth kan..

Talk ni mmg sgt best.My fav panelist ialah Dr Azzam Tamimi..pandai jgk dia selit lawak dlm speech dia. Tambahan pula, dia mmg sgt bersemangat masa give talk tu..saya yg mendengar ni pun sgt tersentuh hati..

ooh
if only we have another Salahuddin Al-Ayubi..well and i'm sure will have it one day! Biiznillah
Moga saya yg menghadiri talk ni akan tetap teguh dengan tekad mendidik anak murid nanti umpama Imam Al-Ghazali mendidik anak muridnya. Salah seorang anak murid Imam al-Ghazali tersebut kemudiannya menjadi guru kepada Salahuddin Al-Ayubi..yup, changing the ummah just not take one day..

If a doctor makes a mistake, Only a patient will die..
If an engineer makes a mistake, Only a building will collapse..
But if a teacher makes a mistake, the whole nation will destroy..



Ramai juga yg datang Talk ni..


This gentleman is asking question to the panelist ; ramai lagi gentleman lain tapi kebanyakkan yg lain bukan bertanya soalan..hohoo


Lunch time venue ikut sticker

Lunch time..padahal perut kenyang lagi lps minum pg : Taman Merdeka



Panel sedang berucap



khusyuk mendengar ; saya tak mengantuk langsung


Duduk-duduk sebelum balik..[ The Shoot ]


oh, pesananku

*Lets steadfast and be determined to boycott Israeli goods ( yeah, say no no to KFC,Mcd etc)

*Please... convey message to world ( jiran kamu, roomate kamu, family kamu so on) about Palestine..they might not know about this.

As for know, saya harus berjihad..jihad ilmu yg perlu diteruskan..Insya allah for the sake of Ummah and to achieve mardhotillah..Gambatte neh!

Please make du'a for me..

Moga jumpa lagi..Insya allah .Ja ne!


Friday, May 8, 2009

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ)

Salam..

Insya allah esok saya akan ke sana..alhmdulillah hati bulat dan tekad untuk ke cana juga walaupun takde org lain dlm kelas nak join..takpelah..junior2 pun ramai..perhaps boleh rapatkan lagi ukhwwah dgn junior2 nnti..

Walau kesibukkan melanda ( yup..in my mind : mqa, thesis, baking class, exam) saya rasa saya patut luangkan masa untuk kovensyen esok hari..sbg ganti utk masa yg akan di habiskan seharian esok, saya akan mengurangkan waktu berehat-rehatan dan bersuka-suka..hoho ( gambbte neh!)





Insya allah, moga Allah permudahkan urusan esok..

Thursday, May 7, 2009

Oh Oh

with exam around the corner
with thesis that 'mendokusai'
with MQA coming over us here..oh oh
they all run unparelly with the time available
strategic strategy to overcome
the insufficient time issue
the famous quote of the coming days would be :
lama2 macam ni boleh jd

MySpace
MySpace
MySpace
MySpace

sabar wahai diri
sabar lah dulu
sabar, sabar, sabar
sabar ye
ishbiri


Syed Qutb wrote
" Sabar yg sebaik-baiknya ialah sabar org yg bertenang,yg tidak disertai rasa marah,bimbang atau ragu kepada kebenaran janji. sabar org yg amat yakin kepada kesudahan natijah, redha dengan ketentuan Allah, merasai hikmah-Nya disebalik ujian, sentiasa berhubung dengan Allah, yang menyerahkan segala perhitungan di sisi-Nya dalam apa jua yg dialaminya "


So, verily, with every difficulty, there is relief.
Verily, with every difficulty there is relief.








Glossari
'mendokusai' = troublesome
MQA = Malaysian Qualification Agency