Sunday, September 20, 2009

Tart Nenas Gulung

Tart Nenas yang comot ini dek tanganku yang tak berseni..hoho



Assalamualaikum wbt..
Raya tahun ini saya telah mencuba satu resepi biskut tart nenas. Resepi ni saya ambik dari Blog Tiffin Biru. Alhmdulillah berjaya jugak buat tart ni..memandangkan kerana begitu 'determine' nak buat tart ni saya dengan sedaya upaya buat tak endah je pada biskut-biskut raya yang banyak dijual..dahla harganya murah..tapi saya tak tergoda ye..mine are freshly homemade tart.. ngeh3..sesiapa nak makan biskut raya boleh la mai umh..peace *_ *

Yang bestnya buat tart ni, kalau kita ada sous chef dan kali ni sous chefku diterbangkan khas dari eygpt..hoho..terima kasih daun keladi kerana tolong menggentel inti tart nenasku, tahun depan gentel lah lagi ye..ngeh3


Introducing my sous chef 1


Sous Chef special...Terima kasih ye kamu




Meh kita tengok resepi tart nenas ni..

BAHAN DOH :-)
150 g mentega
100 g margerine
75 g gula aising ( saya kurangkan gula )
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
350 g tepung gandum*
50 g tepung jagung*(*digaul dan diayak)

BAHAN UNTUK GLIS :-)
1 kuning telur
1 camca teh susu cair
Secubit garam
1/4 camca teh air
1/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JEM NENAS :-)
450 g nenas (yang mengkal)
200 g gula kastor
1/2 camca teh esen nenas
1/2 camca teh jus lemon

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK JEM NENAS :- Parut nenas dan masak bersama gula hingga mendidih. Masukkan esen dan jus lemon, kacau rata dan masak atas api perlahan sehingga jem pekat dan hampir kering (kira2 dalam 1 jam). Matikan api dan sejukkan. Bulat2kan jem dan bentukkan bujur (anggaran 1/2 camca teh untuk setiap biji). Buat hingga siap.
  2. UNTUK DOH :- Putar mentega, margerine dan gula aising hingga berkrim. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan garam, putar lagi. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap untuk kegunaan kemudian.
  3. UNTUK GLIS :- Satukan semua bahan2 untuk menglis dan ketepikan untuk kegunaaan kemudian.
  4. UNTUK TAT NENAS GULUNG :- Ambil sedikit doh, masukkan ke dalam acuan tat (jenis tekan) dan tekan memanjang. Ambil sebiji jem yang telah dibentukkan tadi, letak atas doh dan gulung sehingga doh menutupi jem, potong dengan pisau dan alihkan ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap. Jika doh menjadi keras dan susah untuk ditekan, tambah sedikit mentega pada doh dan uli rata (anggaran 1 camca teh mentega). Sapukan sedikit glis atas tat tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Moga jumpa lagi..Insya allah


2 comments:

ainko said...

hebat2..i

Murasakinaichigo said...

*malunya*

hudus sgt kak ain..kita tak pandai buat.hoho