Wednesday, June 16, 2010

Macaroni Seafood Gratin

Salam wbt..wahhh, lama sungguh tak update blog..mmg dah sgt bersawang ni..huhu..resepi gratin kat bawah ni sebenarnya saya buat masa birthday yaya. Puas dok godek2 resepi sebab tak tahu nak masak apa.finally jumpa resepi kat cini selalunya asyik buat pizza je, so nak cuba resepi baru pulak kali ni..dah bake, macam terhangit pulak atas dia..huuu..td maintain sedap..hehe..ok apalagi, jom tengok recipe macaroni seafood gratin kat bawah..yummmmm



Bahan-bahan
200 gm macaroni (bila rebus letak sedikit minyak)
1 cwn udang (kopek kulit dan ptng 2)
1 cwn crab stick (potong 2-3)
1 labu bawang besar (mayang halus)
2 sudu besar mentega
2 cwn mozarella cheese

Cara-cara:

1. Rebus macaroni hingga lembut, bila dah lembut..angkat dan lalukan dngn air paip dan toskan.
2. Panaskan mentega,tumis bawang hingga layu
3. Masukkan udang & crab stick dan gaul rata. Masak sebentar sahaja.
4. Perasakan dgn sedikit garam dan lada hitam. Masukkan macaroni dan gaul sebati.
5. Matikan api, angkat dan ketepikan dulu.

**White Sauce**
2 sudu besar mentega
1 cwn susu segar
1 tin mushroom soup
2 cwn air
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit oregano kering-utk tabur

Cara-cara masak White Sauce

1. Panaskan butter, masukkan tepung dan gaul cepat2, masukkan pula susu, air dan mushroom soup. Gaul sebati, masukkan pula garam dan lada hitam. Ketepikan dulu.

Cara Penyediaan

1. Sapu mangkuk casserol dgn mentega dan letakkan campuran macaroni tadi.
2. Taburkan mozzarella cheese di atasnya dan tuang white sauce.
3. Taburkan sedikit oregano kering diatasnya dan siap utk di bakar.
4. Bakar selama 30 minit. Sedap di makan masa hangat2. Selamat Mencuba

4 comments:

Eyan YanNa said...

nyum...nyum...
nampak sedap...

Tuan Rumah said...

yana, ideed mmg sedap..cuba la, resepi dah ada tu..heheh

dhiamea said...

as slm...
white sause tu x perlu masak smpai pekat ke?
tq ^_^

Murasakinaichigo said...

wslm wbt dhiamea

white sauce tu masak tak perlu masak lama sebab dia cepat jd pekat

selamat mencuba ! =)