Monday, August 31, 2009

Tuna Bun




Salam wbt..diam tak diam dah lebih seminggu kita berpuasa. Alhamdulillah, bersyukur kerana masih berpeluang bertemu Ramadhan yang dirindui, sama-sama kita race untuk membuat amalan dengan sekuat-kuat mujahadah pada bulan yang diberkati ni.

Memandangkan cuti sekolah seminggu, jadi apalagi yang dibuat di rumah kalau tidak sibuk menyediakan juadah berbuka puasa, salah satunya roti ni..sesaje nak cuba resepi ni pulak. Sejak habis praktikum dan mula puasa ni jadi malas pulak nak update blog..aduhai~ bersawang ajelah nampaknya blog ni.

jom tengok resepi buat roti ni.mudah je as long u want to try..saya tak pakai bread maker pun, i don't have one. pastu inti roti ni ikut suka nak bubuh apa pun. ikut selera masing-masing.




BAHAN -BAHANNYA
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung Hong Kong
60 g gula halus
1 camca teh garam
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur
140 ml air
30 g mentega


CARA MEMBUATNYA
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 jam
  2. Bentukkan ikut suka, nak letak inti tuna ke, kosong saja pun boleh
  3. Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Saturday, August 29, 2009

Sambal Kentang





Bahan-bahan :
5 biji kentang
5 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering ( rendam dulu)
2 sudu besar sos plum
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Kupas dan potong wedges kentang,rebus sehingga empuk dan kemudian goreng kentang.
2. Tumbuk bawang putih dengan udang kering ( Bahan A)
3. Blend atau tumbuk cili kering, bawang merah dan bawang besar bersama ( Bahan B)
4. Tumis bahan A sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan B. Masak sehingga cili betul-betul masak lebih kurang 15 minit.
5. Masukkan sos plum, garam dan gula secukup rasa dan sedikit air. Masak lagi selama 5 minit
6. Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng
7. Taburkan daun bawang dan siap untuk dihidangkan. ^ _ ^
Posted by Picasa