“You are my Comfort You are my Solace You are my Saviour From all horrors You are my Friend You are my Strength You’re with me through life You walk the whole length You are The Light You are The Truth Your Dhikr is my addiction Cultivated in youth You are The Source You know my destiny You hold my fate From me a mystery You send me trials You know my pain You teach me through hardship I have much to gain You bestow me with fruits In abundance to savour Yet You are patient When I forget Your favours You send the rain And the rainbows too With hardship comes ease These words ring true O’Allah, Enlighten my heart Enliven my spirit Let deeds in Your Name Take up my minutes Of this temporary life Let me make use To win Your pleasure When my records You peruse Help me stand up against the devil Let me always do what’s right Deliver me from peril, Oh Lord To You belongs all might.” http://amuslimsistermaria200327.wordpress.com/page/2/
Bad me. Kenapa ye susah sgt nak istiqomah tulis di blog ni?aduhai
I once PROMISE myself to write something about Tazkeerah-thing since Lin request to...and honestly its been on my mind for a long time even before she ask me to.
Banat ask me to update and wish to hear me babbling, and still i don't have any mood to write.
Salam wbt..Sedar tak sedar dah hari Ahad hari ni..huuu..esok dah sekolah..uwaaawa..cam sekejap sangat je cuti 2 minggu..*Tak sabar nak cuti bulan 12* hehehe..Alhmdulillah hari ni saya nak share resepi sizzling yang selalu kita jumpa kat foodcourt tu..mudah sangat buat sizzling ni, yang penting kalau masak sendiri terjamin bersih dan halal..haish, tapi resepi macaroni sizzling ni bukannya saya masak kat cini pun, masak kat rumah masa cuti hari tu..hari ni masak nasi goreng campak *boleh bygkan camne rupa nasi goreng campak tu? *..Resepi sizzling kat bawah ni guna Yee mee tapi sebab tak de yee mee kat umah daku guna je macaroni, tak bubuh minyak bijan dan tambah gula cikit..yum yum yum...sedapp *tumbs up* Resepi original copy paste je dari myresepi..Selamat Mencuba !
Salam wbt..huh, penat mencari resepi ayam ni..tak save pulak lepas dah copy resepi ni hari tu..resepi ayam kung pao ni best, nak tahu kenapa saya kata best? sebab mama cakap " sedapla ayam masak mcm ni" hehe..senyum melebar sampai ke telinga si chef dek pujian si ibu..*takla seharian memanjang senyum kang org kata apahal la budak ni*..Mama mmg akan puji kalau masakan tu betul2 sedap, so saya yakin resepi ni mmg best..mari kite tgk resepi ni ayam kung fuu oppss, ayam kung pao copy paste dari cini..Happy cooking
Bahan A 600 gm isi ayam - potong dadu 1 s/b tepung jagung 1 sk garam - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.
Bahan B 100 gm kacang gajus - [kakliza beli yg dalam paket kat kedai tu] 30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang 2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2 4 ulas bawang putih - hiris 2 inci halia - hiris 1 biji lada bengala hijau- potong lebar2 sediikit 3 sdm sos tiram 2 sdm sos tomato 1/4 cwn air minyak tuk menumis
Cara 1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali 2. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan 3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar. 4. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air. 5. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api
Salam wbt..Hari ni saya masak sup ayam lengkuas untuk makan tengahari, saje nak try resepi baru..tapi saya tak ikut betul2 resepi ni.Apa yang ada kat dapur je letak..hehe..alhmdulillah maintain sedap..hish, kalau bahan cukup ni mesti marvelous rasanya..yum yum yum...haa, jom tgk resepi copy paste jek dari sini...blog Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-) 1 ekor ayam sederhana besar, potong ikut suka 1.5 liter air 500 ml santan (boleh guna 3/4 tin susu sejat) 1 biji bawang besar, belah 4 5 helai daun limau purut 3 batang serai, dititik 60 g lengkuas, dihiris nipis 7 biji cili padi siam, diketuk 2 camca besar sos ikan "nampla" 10 biji cendawan butang, belah dua 100 g cendawan telinga kera @ black fungus jenis segar 1/4 biji kobis 1/2 camca besar gula 4 biji limau nipis, perah jusnya 1 genggam daun hirisan daun ketumbar 3 camca besar sambal "khas" (resipi dibawah) Hirisan daun bawang untuk hiasan Belahan cili padi untuk hiasan
BAHAN SAMBAL "KHAS" :-) 1 cawan cili kisar 1 camca besar gula pasir 6 camca besar sos ikan 3/4 cawan minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan jus limau nipis dan perap 20 minit, cuci kembali dan toskan. Kobis dipotong kasar2, cuci dan toskan.
Dalam periuk, satukan serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi ketuk, belahan bawang besar dan jerang hingga mendidih. Masukkan ayam tadi bersama2 sambal khas, cendawan butang dan black fungus. Biar mendidih selama 25 minit atau hingga ayam masak.
Tambah daun ketumbar, sos ikan, gula dan kobis, biar mendidih sekejap dan masukkan santan, biar mendidih perlahan.
Akhir sekali tuang jus limau nipis tadi. Kacau rata dan biar masak sebentar, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam atau sos ikan. Jika suka masam, perah jus limau nipis lagi.
Hidangkan panas dengan taburan daun bawang dan cili padi hiris....Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi dan mee...Jika menggunakan susu cair, jgn didihkan lama sangat, cukup sekadar mendidih sahaja....
UNTUK SAMBAL KHAS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili tadi, masukkan gula dan terus menumis hingga cili garing. Matikan api dan masukkan sos ikan, kacau rata. Boleh digunakan untuk sup ayam lengkuas
Salam wbt..Ni satu lagi recipe yg buat dua tiga hari lepas..huhu..baru sekarang la nak upload..tak kisahlah kan. Tuan rumah termengidam nak makan carrot cake lepas tengok cerita Sugar kat AFC..nampak macam senang, so terus cari recipe kat cini ... Alhamdulillah akhirnya jadi carrot cake..hehe..cake ni moist and not too sweet dan sangatlah sesuai dengan orang yg health concious..tapi syaratnya jangan bubuh cream cheese frosting tu la ye, kalau bubuh dah tak berapa nak healthy sangat la..hehehe..hmm, lagi satu next time kalau nak buat kek ni saya pasti takkan bubuh grated ginger..hehe..ok, meh tengok resepi carrot cake yang sedap ni..
Ingredients:
For Cake:
¾ cup vegetable oil ¾ cup golden brown sugar, packed 3 eggs ¼ cup pure maple syrup 2 tsp grated fresh ginger 1 2/3 cups all purpose flour 1 tsp baking powder ½ tsp baking soda ½ tsp salt 1 tsp cinnamon 2 cups grated carrot 1 cup diced or crushed pineapple, fresh or tinned (drained)
For Frosting:
½ cup cream cheese, room temperature ¼ cup unsalted butter, room temperature 1 ½ cups icing sugar, sifted 1 ½ tsp vanilla extract
Method:
1. Preheat oven to 325° F. Grease an 8-inch square pan. Whisk together oil, brown sugar, eggs, maple syrup and grated ginger. In a separate bowl, sift flour, baking powder, baking soda, salt and cinnamon and stir into wet mixture to blend. Stir in carrot and pineapple and pour into prepared pan. Bake for 1 hour and 15 to 30 minutes, until a tester inserted in the center of the cake comes out clean. Allow to cool completely before icing.
2. To prepare frosting, beat cream cheese and butter together. Beat in icing sugar until smooth and stir in vanilla. Spread over cooled cake and store chilled until ready to serve.
Salam wbt..wahhh, lama sungguh tak update blog..mmg dah sgt bersawang ni..huhu..resepi gratin kat bawah ni sebenarnya saya buat masa birthday yaya. Puas dok godek2 resepi sebab tak tahu nak masak apa.finally jumpa resepi kat cini selalunya asyik buat pizza je, so nak cuba resepi baru pulak kali ni..dah bake, macam terhangit pulak atas dia..huuu..td maintain sedap..hehe..ok apalagi, jom tengok recipe macaroni seafood gratin kat bawah..yummmmm
Bahan-bahan 200 gm macaroni (bila rebus letak sedikit minyak) 1 cwn udang (kopek kulit dan ptng 2) 1 cwn crab stick (potong 2-3) 1 labu bawang besar (mayang halus) 2 sudu besar mentega 2 cwn mozarella cheese
Cara-cara:
1. Rebus macaroni hingga lembut, bila dah lembut..angkat dan lalukan dngn air paip dan toskan. 2. Panaskan mentega,tumis bawang hingga layu 3. Masukkan udang & crab stick dan gaul rata. Masak sebentar sahaja. 4. Perasakan dgn sedikit garam dan lada hitam. Masukkan macaroni dan gaul sebati. 5. Matikan api, angkat dan ketepikan dulu.
**White Sauce** 2 sudu besar mentega 1 cwn susu segar 1 tin mushroom soup 2 cwn air 2 sudu besar tepung gandum 1 sudu kecil serbuk lada hitam sedikit garam sedikit oregano kering-utk tabur
Cara-cara masak White Sauce
1. Panaskan butter, masukkan tepung dan gaul cepat2, masukkan pula susu, air dan mushroom soup. Gaul sebati, masukkan pula garam dan lada hitam. Ketepikan dulu.
Cara Penyediaan
1. Sapu mangkuk casserol dgn mentega dan letakkan campuran macaroni tadi. 2. Taburkan mozzarella cheese di atasnya dan tuang white sauce. 3. Taburkan sedikit oregano kering diatasnya dan siap utk di bakar. 4. Bakar selama 30 minit. Sedap di makan masa hangat2. Selamat Mencuba
Memang dah lama sungguh saya tak update blog ni kan..ishk ishk..masha allah.. Banyak sebenarnya cerita yang nak dicoretkan, namun apakan daya kekangan masa (ceh alasan jek) honestly diri ni mmg tak kuat mujahadah untuk update blog.Each time buka blog ni, saya hanya mampu memandang dengan pandangan kosong je..huuhu..my bad my bad..so officially this is my 1st post for 2010 .Marilah tengok resepi fruit tart yang saya buat masa cuti sekolah hari tu..a-must-try-recipe i can say..simply delicious..Kamu jangan tertipu dek 'cunnya' rupa fruit tart ni eh, mesti terbayang complicated nak buat tapi hakikatnya simple je...trust me.Tak sabar nak buat lagi tart ni..heee..Selamat mencuba *wink wink*
Bahan-bahan ( Anggaran dlm 40 biji saiz mini )
250 gm butter, suhu bilik
120 gm gula ising
2 biji kuning telur
440 gm tepung gandum, diayak dahulu
1 tsp esen vanilla
Inti Kastad: 2 tbsp tepung gandum
2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung
8 tbsp gula kastor
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 tbsp (30 gm) mentega
Buah Utk Hiasan: Strawberry + Grape + Kiwi
Cara-cara
1. Adun semua bahan hingga menjadi doh. Gelek diatas papan pencanai setebal 5mm.
2. Susun acuan tart diatas dulang pembakar. Ambil sedikit doh lalu tekapkan ke atas acuan, tekan sedikit untuk memasukkan doh tersebut di dalam bentuk acuan & trim dengan pisau di tepinya.
3.Panaskan oven pada suhu 175C.
4.Cucuk dengan garfu di tengah2 doh tersebut lalu bakar selama 20min atau sehingga kekuningan.
5.Keluarkan dari oven & tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan.
6.Cara Membuat Inti Kastad: Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
7. Masukkan telur & aduk rata lagi.
8. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.
9.Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. *Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.
10.Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati. Ketepikan seketika utk proses pengisian pada tart.
11. Ambil sesudu kecil inti kastad & bubuh ke dalam mangkuk tat yg telah sejuk tadi. (boleh mengisi isian kastad ini ke dlm piping beg lalu picitkan satu-persatu pd mangkuk tat)
p/s : Sorry gambarku yang agar blurr itu..ahh..I wish I have a DSLR ..*berangan jek*
Salam wbt.. Saya buat bergedil daging untuk Eidhuladha 1430H..untuk makan dengan soto..nyumm.. jom tengok resepi..
Bahan-bahan :
10 biji kentang 300 gm daging cincang 5 biji bawang merah dihiris 1 biji bawang besar dihiris 3 tangkai daun ketumbar dihiris halus Garam dan lada sulah secukup rasa 2 biji telur
Cara-cara : 1. Kupas kentang dan potong wedges kentang tu..Goreng sehingga kentang masak dan berwarna keperang-perangan. Tumbuk kentang menggunakan lesung sehingga lumat. 2. Goreng semua bawang sehingga kekuningan. 3. Masukkan kentang yang telah lumat ditumbuk, bawang goreng, daun ketumbar, daging, garam dan lada sulah. Gaul rata semua bahan dan bentukkan bulat dan leper 4. Celup bergedil dalam telur dan goreng sehingga masak.
Nampak tak daun ketumbar tu macam besar-besar? hehe..
Tadaa..dah siap..tapi termasin sikit..tapi takpe sebab nak makan dengan soto..lalala
Aduhai malasnya diriku nak menaip.Tadi ingat nak menaip blog lepas zuhur dan tidur sekejap sebelum Asar suddenly dah dengar azan Asar...jom-jom solat awal waktu..Alhamdulillah dah berjaya upload resepi..adikku, boleh lah try lepas ni eh..jangan tengok jek..hoho
Bahan-bahan:
Lapis Bawah
120gm biskut tiger (hancurkan..klu nk gune biskut lain pon boleh..ikut citarasa sndiri)
Hancurkan biskut tiger. Kemudian, campur dengan butter yang tlah dicairkan. Tekan rata dalam springform pan (7 inci ) Masuk dalam peti sejuk selama sejam
Lapisan atas:
Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yg tlah dihancurkan, whipping cream)
Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan td. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)
Chocolate mousse:
Pukul whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rase pahit, tmbh susu pekat sket je. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse
Chocolate ganache:
Masukkan semua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula. Bila agak2 chocolate ganache da keras, boleh la dihidangkan.
Biarkan cake betul2 keras kalau tak cair. Lagi satu, saya dah buat cake ni dan rase agak manis sedikit. So kalau sape yang xsuke manis2, boleh kurangkan sket sukatan gula. Selamat mencuba!