Showing posts with label Da'wah. Show all posts
Showing posts with label Da'wah. Show all posts

Friday, February 1, 2013

Quick Update

Salam wbt

Just a quick update, jam menunjukkan pukul 12.48 a.m. Balik usrah tadi pun dah pukul 11 lebih.

Its late already, tapi nak stay up to finish up school work. Bukan murid je yang ada kerja sekolah, cikgu pun ada jugak.huhu

Tak sempat nak berceloteh panjang, lets the picture speak. Alhmdulillah ala kulli hal..finally *senyum relief*



Thank you Allah *sob sob*

Boleh menyambung kembali jawatan master chef, kecian blog masakan dah jd blog celoteh

Will update more recipes soon

Biiznillah

Till then

Salam wbt


Saturday, January 12, 2013

Surat Chenta

Assalamualaikum wbt

Senyum lebar, hati berbunga-bunga..

Yeay dapat surat chenta!

Haish, jangan fikir yang bukan-bukan ye..tengok kat tepi blog ni, "No love until akad"

Surat chenta dari anakanda murid tersayang, dapat dari tahun lepas around November, baru terperasan tak sempat baca pun.uhuuhu. Terjumpa surat ni waktu nak bukak buku Human Development tadi. Nampak sangat baru nak baca buku. Exam is on Monday. May Allah ease,give me ilham and strength to do the best.

Rasa sangat terharu baca surat ni, as I'm reflecting on myself. Banyak-banyak lagi perkara yang belum ditunaikan kepada anak-anak ini, mohon maaf atas kekhilafan guru mu ini.

In shaa Allah, lepas ni nak reply surat ni and plus special gift. 

Blog ni dah jadi blog diari luahan perasaan pulak ye...hehe

Tunggu update resepi lepas tuan rumah habis final exam. In shaa Allah

Till we meet again



Saturday, February 18, 2012

K.U.P



Sayangilah Palestine adik-adik. Mereka memerlukan sokongan kita. Jom beramai-ramai ke KUP!! Best tau kita berkhemah beramai-ramai, ada water confidence, night walk dan macam-macam lagi sambil JATUH CINTA kepada Palestine ♥ ♥ ♥

Hubungi kami dan daftar. Jangan berlengah lagi ♥

Tuesday, February 7, 2012

Biar Sampai Kepada Hatimu


Kadangkala aku tidak memahami
Mengapa aku berada di atas jalan ini
Baikkah? Atau hanya keburukan yang menanti
...Kerana cabaran itu datang tidak henti-henti
Kadangkala aku jadi penat dan rasa tidak bertenaga lagi
Apakah patut aku teruskan hingga ke akhirnya nanti?

Tetapi aku lihat kegembiraanmu
Dan bagaimana kau usap anak kecilmu dengan tulisanku
“Bacalah, bacalah, nanti dah besar biar jadi orang yang bagus”
Aku tidak berkata apa melainkan air mata di dalam hati bertukar menjadi arus
Saham-saham yang bukan untuk dunia ini
Tetapi untuk hari akhirat nanti
Dakwah itu seperti matahari
Memang bukan semua akan mengenai
Tetapi pasti ada yang disentuhi

Akhirnya aku berazam
Biar aku memperkuatkan diri
Biar nanti hingga benar-benar sampai kepada hatimu
Menyentuh jiwa agar kembali kepada Allah Yang Satu
Biar senyuman itu terbit kembali
Dan wujud di sisiku di akhirat nanti
“Ya Allah, inilah dia yang buat begitu dan begini”
“Mengajak kami kembali kepadaMu wahai Ilahi”
Dan Allah tersenyum kepadaku membayar segala perit dan jerih di dunia ini

Maka aku memilih untuk kekal menempuh duri-duri
Melaksanakan segala kerja sambil mempertingkatkan diri
Biar sampai benar-benar menyentuh jiwamu
Agar itu semua menjadi saksi buat hari nanti


Credit : Hilal Asyraf