Showing posts with label .: Walks of Life:.Macaroni. Show all posts
Showing posts with label .: Walks of Life:.Macaroni. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

Sizzling Macaroni


Salam wbt..Sedar tak sedar dah hari Ahad hari ni..huuu..esok dah sekolah..uwaaawa..cam sekejap sangat je cuti 2 minggu..*Tak sabar nak cuti bulan 12* hehehe..Alhmdulillah hari ni saya nak share resepi sizzling yang selalu kita jumpa kat foodcourt tu..mudah sangat buat sizzling ni, yang penting kalau masak sendiri terjamin bersih dan halal..haish, tapi resepi macaroni sizzling ni bukannya saya masak kat cini pun, masak kat rumah masa cuti hari tu..hari ni masak nasi goreng campak *boleh bygkan camne rupa nasi goreng campak tu? *..Resepi sizzling kat bawah ni guna Yee mee tapi sebab tak de yee mee kat umah daku guna je macaroni, tak bubuh minyak bijan dan tambah gula cikit..yum yum yum...sedapp *tumbs up* Resepi original copy paste je dari myresepi..Selamat Mencuba !

Bahan-bahan

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.


Esok hari bertemu anak-anak..yuhuuu..Sambung mark paper lagi..Insha Allah, harap-harap tuan rumah ni istiqomahla rajin update blog..

Wednesday, June 16, 2010

Macaroni Seafood Gratin

Salam wbt..wahhh, lama sungguh tak update blog..mmg dah sgt bersawang ni..huhu..resepi gratin kat bawah ni sebenarnya saya buat masa birthday yaya. Puas dok godek2 resepi sebab tak tahu nak masak apa.finally jumpa resepi kat cini selalunya asyik buat pizza je, so nak cuba resepi baru pulak kali ni..dah bake, macam terhangit pulak atas dia..huuu..td maintain sedap..hehe..ok apalagi, jom tengok recipe macaroni seafood gratin kat bawah..yummmmm



Bahan-bahan
200 gm macaroni (bila rebus letak sedikit minyak)
1 cwn udang (kopek kulit dan ptng 2)
1 cwn crab stick (potong 2-3)
1 labu bawang besar (mayang halus)
2 sudu besar mentega
2 cwn mozarella cheese

Cara-cara:

1. Rebus macaroni hingga lembut, bila dah lembut..angkat dan lalukan dngn air paip dan toskan.
2. Panaskan mentega,tumis bawang hingga layu
3. Masukkan udang & crab stick dan gaul rata. Masak sebentar sahaja.
4. Perasakan dgn sedikit garam dan lada hitam. Masukkan macaroni dan gaul sebati.
5. Matikan api, angkat dan ketepikan dulu.

**White Sauce**
2 sudu besar mentega
1 cwn susu segar
1 tin mushroom soup
2 cwn air
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit oregano kering-utk tabur

Cara-cara masak White Sauce

1. Panaskan butter, masukkan tepung dan gaul cepat2, masukkan pula susu, air dan mushroom soup. Gaul sebati, masukkan pula garam dan lada hitam. Ketepikan dulu.

Cara Penyediaan

1. Sapu mangkuk casserol dgn mentega dan letakkan campuran macaroni tadi.
2. Taburkan mozzarella cheese di atasnya dan tuang white sauce.
3. Taburkan sedikit oregano kering diatasnya dan siap utk di bakar.
4. Bakar selama 30 minit. Sedap di makan masa hangat2. Selamat Mencuba