Salam wbt..Sedar tak sedar dah hari Ahad hari ni..huuu..esok dah sekolah..uwaaawa..cam sekejap sangat je cuti 2 minggu..*Tak sabar nak cuti bulan 12* hehehe..Alhmdulillah hari ni saya nak share resepi sizzling yang selalu kita jumpa kat foodcourt tu..mudah sangat buat sizzling ni, yang penting kalau masak sendiri terjamin bersih dan halal..haish, tapi resepi macaroni sizzling ni bukannya saya masak kat cini pun, masak kat rumah masa cuti hari tu..hari ni masak nasi goreng campak *boleh bygkan camne rupa nasi goreng campak tu? *..Resepi sizzling kat bawah ni guna Yee mee tapi sebab tak de yee mee kat umah daku guna je macaroni, tak bubuh minyak bijan dan tambah gula cikit..yum yum yum...sedapp *tumbs up* Resepi original copy paste je dari myresepi..Selamat Mencuba !
Memang dah lama sungguh saya tak update blog ni kan..ishk ishk..masha allah.. Banyak sebenarnya cerita yang nak dicoretkan, namun apakan daya kekangan masa (ceh alasan jek) honestly diri ni mmg tak kuat mujahadah untuk update blog.Each time buka blog ni, saya hanya mampu memandang dengan pandangan kosong je..huuhu..my bad my bad..so officially this is my 1st post for 2010 .Marilah tengok resepi fruit tart yang saya buat masa cuti sekolah hari tu..a-must-try-recipe i can say..simply delicious..Kamu jangan tertipu dek 'cunnya' rupa fruit tart ni eh, mesti terbayang complicated nak buat tapi hakikatnya simple je...trust me.Tak sabar nak buat lagi tart ni..heee..Selamat mencuba *wink wink*
Bahan-bahan ( Anggaran dlm 40 biji saiz mini )
250 gm butter, suhu bilik
120 gm gula ising
2 biji kuning telur
440 gm tepung gandum, diayak dahulu
1 tsp esen vanilla
Inti Kastad: 2 tbsp tepung gandum
2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung
8 tbsp gula kastor
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 tbsp (30 gm) mentega
Buah Utk Hiasan: Strawberry + Grape + Kiwi
Cara-cara
1. Adun semua bahan hingga menjadi doh. Gelek diatas papan pencanai setebal 5mm.
2. Susun acuan tart diatas dulang pembakar. Ambil sedikit doh lalu tekapkan ke atas acuan, tekan sedikit untuk memasukkan doh tersebut di dalam bentuk acuan & trim dengan pisau di tepinya.
3.Panaskan oven pada suhu 175C.
4.Cucuk dengan garfu di tengah2 doh tersebut lalu bakar selama 20min atau sehingga kekuningan.
5.Keluarkan dari oven & tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan.
6.Cara Membuat Inti Kastad: Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
7. Masukkan telur & aduk rata lagi.
8. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.
9.Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. *Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.
10.Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati. Ketepikan seketika utk proses pengisian pada tart.
11. Ambil sesudu kecil inti kastad & bubuh ke dalam mangkuk tat yg telah sejuk tadi. (boleh mengisi isian kastad ini ke dlm piping beg lalu picitkan satu-persatu pd mangkuk tat)
p/s : Sorry gambarku yang agar blurr itu..ahh..I wish I have a DSLR ..*berangan jek*
Aduhai malasnya diriku nak menaip.Tadi ingat nak menaip blog lepas zuhur dan tidur sekejap sebelum Asar suddenly dah dengar azan Asar...jom-jom solat awal waktu..Alhamdulillah dah berjaya upload resepi..adikku, boleh lah try lepas ni eh..jangan tengok jek..hoho
Bahan-bahan:
Lapis Bawah
120gm biskut tiger (hancurkan..klu nk gune biskut lain pon boleh..ikut citarasa sndiri)
Hancurkan biskut tiger. Kemudian, campur dengan butter yang tlah dicairkan. Tekan rata dalam springform pan (7 inci ) Masuk dalam peti sejuk selama sejam
Lapisan atas:
Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yg tlah dihancurkan, whipping cream)
Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan td. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)
Chocolate mousse:
Pukul whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rase pahit, tmbh susu pekat sket je. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse
Chocolate ganache:
Masukkan semua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula. Bila agak2 chocolate ganache da keras, boleh la dihidangkan.
Biarkan cake betul2 keras kalau tak cair. Lagi satu, saya dah buat cake ni dan rase agak manis sedikit. So kalau sape yang xsuke manis2, boleh kurangkan sket sukatan gula. Selamat mencuba!
Tart Nenas yang comot ini dek tanganku yang tak berseni..hoho
Assalamualaikum wbt..
Raya tahun ini saya telah mencuba satu resepi biskut tart nenas. Resepi ni saya ambik dari Blog Tiffin Biru. Alhmdulillah berjaya jugak buat tart ni..memandangkan kerana begitu 'determine' nak buat tart ni saya dengan sedaya upaya buat tak endah je pada biskut-biskut raya yang banyak dijual..dahla harganya murah..tapi saya tak tergoda ye..mine are freshly homemade tart.. ngeh3..sesiapa nak makan biskut raya boleh la mai umh..peace *_ *
Yang bestnya buat tart ni, kalau kita ada sous chef dan kali ni sous chefku diterbangkan khas dari eygpt..hoho..terima kasih daun keladi kerana tolong menggentel inti tart nenasku, tahun depan gentel lah lagi ye..ngeh3
Introducing my sous chef 1
Sous Chef special...Terima kasih ye kamu
Meh kita tengok resepi tart nenas ni..
BAHAN DOH :-) 150 g mentega 100 g margerine 75 g gula aising ( saya kurangkan gula ) 2 kuning telur 1 camca teh esen vanilla 350 g tepung gandum* 50 g tepung jagung*(*digaul dan diayak)
BAHAN UNTUK GLIS :-) 1 kuning telur 1 camca teh susu cair Secubit garam 1/4 camca teh air 1/4 camca teh esen vanilla
BAHAN JEM NENAS :-) 450 g nenas (yang mengkal) 200 g gula kastor 1/2 camca teh esen nenas 1/2 camca teh jus lemon
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK JEM NENAS :- Parut nenas dan masak bersama gula hingga mendidih. Masukkan esen dan jus lemon, kacau rata dan masak atas api perlahan sehingga jem pekat dan hampir kering (kira2 dalam 1 jam). Matikan api dan sejukkan. Bulat2kan jem dan bentukkan bujur (anggaran 1/2 camca teh untuk setiap biji). Buat hingga siap.
UNTUK DOH :- Putar mentega, margerine dan gula aising hingga berkrim. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan garam, putar lagi. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap untuk kegunaan kemudian.
UNTUK GLIS :- Satukan semua bahan2 untuk menglis dan ketepikan untuk kegunaaan kemudian.
UNTUK TAT NENAS GULUNG :- Ambil sedikit doh, masukkan ke dalam acuan tat (jenis tekan) dan tekan memanjang. Ambil sebiji jem yang telah dibentukkan tadi, letak atas doh dan gulung sehingga doh menutupi jem, potong dengan pisau dan alihkan ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap. Jika doh menjadi keras dan susah untuk ditekan, tambah sedikit mentega pada doh dan uli rata (anggaran 1 camca teh mentega). Sapukan sedikit glis atas tat tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Salam wbt..diam tak diam dah lebih seminggu kita berpuasa. Alhamdulillah, bersyukur kerana masih berpeluang bertemu Ramadhan yang dirindui, sama-sama kita race untuk membuat amalan dengan sekuat-kuat mujahadah pada bulan yang diberkati ni.
Memandangkan cuti sekolah seminggu, jadi apalagi yang dibuat di rumah kalau tidak sibuk menyediakan juadah berbuka puasa, salah satunya roti ni..sesaje nak cuba resepi ni pulak. Sejak habis praktikum dan mula puasa ni jadi malas pulak nak update blog..aduhai~ bersawang ajelah nampaknya blog ni.
jom tengok resepi buat roti ni.mudah je as long u want to try..saya tak pakai bread maker pun, i don't have one. pastu inti roti ni ikut suka nak bubuh apa pun. ikut selera masing-masing.
BAHAN -BAHANNYA 270 g tepung roti (high protein flour) 50 g tepung Hong Kong 60 g gula halus 1 camca teh garam 2 1/2 camca besar susu tepung 1 1/2 camca teh instant yeast 1/2 camca teh bread improver 1/2 camca teh bread softerner 1 biji telur 140 ml air 30 g mentega
CARA MEMBUATNYA
UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 jam
Bentukkan ikut suka, nak letak inti tuna ke, kosong saja pun boleh
Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
Bahan-bahan : 5 biji kentang 5 sudu besar cili kering kisar 3 ulas bawang merah 1 labu bawang besar 4 ulas bawang putih 2 sudu besar udang kering ( rendam dulu) 2 sudu besar sos plum garam dan gula secukup rasa
Cara-cara: 1. Kupas dan potong wedges kentang,rebus sehingga empuk dan kemudian goreng kentang. 2. Tumbuk bawang putih dengan udang kering ( Bahan A) 3. Blend atau tumbuk cili kering, bawang merah dan bawang besar bersama ( Bahan B) 4. Tumis bahan A sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan B. Masak sehingga cili betul-betul masak lebih kurang 15 minit. 5. Masukkan sos plum, garam dan gula secukup rasa dan sedikit air. Masak lagi selama 5 minit 6. Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng 7. Taburkan daun bawang dan siap untuk dihidangkan. ^ _ ^
Salam.lama benar rasanya tak menyonteng dinding blog ni..dah bersawang dah..hoho..Biasalah bila cuti sekolah selalunya jarang ada masa nak duk depan laptop selalu, memandangkan dapurku sentiasa menjerit mintak utk berasap neh..keh2.. padahal penyakit malas pun kuat melanda time cuti sekolah baru ni..jom tgk gambar nak cite banyak2 pn bende dah lepas..hukhuk
Nih dia konon2 bento buat kat adikku Zizah dan Nana sweet corn + mini tuna puff + bread and butter pudding with bluberries..bila lah lagi ada kesempatan nak buat bento utk diorang ni lagi..*sad*sad*
This one is the first order i got from Nana's friend for her mum birthday..this moist chocolate cake with chocolate ganache layered with peach sold for only RM10..limited edition i can say..*wink*wink*
Lagi gambar kek coklat RM10
Chocolate cake buat makan kat umah jer ni..rajin pulak nak melayer ..hoho..*suka*suka*
yang ni gambar sebelum kene potong..malas sgt nak deco so just letak je coklatku yg byk datangnya dari Langkawi ituww
Sesaje buat pulut mangga since abah memang penggemar pulut
Enough for cake as for now ..sekarang tengah mood nak buat kuih muih tradisional pulak..i realize mama dan abah prefer kuih tradisional dari kek2 ni..lagi pun naik muak dh tgk kek ni..huuu..sepanjang cuti i've baked almost 10 cakes..fuihh~ mane la tak naik muak tgk kek kan..hehe..