Alhamdulillah 4 cake yg bwk p kindergarten ni habis..lega..
Each and every season Allah has made for you and me to marvel at His wonders and praise Him thankfully
Thursday, July 2, 2009
Tanjoubu Omedetou Yaya
Alhamdulillah 4 cake yg bwk p kindergarten ni habis..lega..
Wednesday, May 20, 2009
New Definitions of a Teacher (Tony Buzan)
New Definitions of a Teacher (Tony Buzan)
1. reducing the pain of stupidity
mengurangkan sakitnya digelar orang bodoh
2. main provider of the intellectual capital of the nation and the world
pemberi utama kepada modal intelektual kepada negara dan dunia
3. mining the 99% of untapped potential
menggali baki 99% potensi yang tidak disentuh
4. provides the main stimulus & nutrition for developing the physical architecture for the students brain
menjadi pemangkin dan sumber untuk perkembangan fizikal kepada seni bina minda pelajarnya
5. protector of the physical & mental health of the students
pelindung kepada kesihatan fizikal dan mental pelajarnya
6. helps the students to build palaces of its potential perfect memory
membantu pelajar membina kamar-kamar di dalam istana minda bagi mendapatkan keupayaan daya ingatan yang sempurna
7. the provider of the correct formulae that allows the inate natural potential for brilliance to grow & flower
pemberi kepada formula yang betul yang membenarkan laluan kepada potensi kecerdasan hidup subur
8. rare privilege of being able to act as a prime role-model for the students
keistimewaan yang langka untuk menjadi model ikutan kepada pelajar
9. person responsible for launching the students' lifelong learning journey
insan yang bertanggungjawab melancarkan pelajarnya ke platform menimba ilmu yang berpanjangan
10. helps launch the child on the exploration of its own internal universals
membantu pelajarnya meneroka keupayaan minda sendiri
11. provider of worthwhile daydreams and shepherd who helps the students make it come true
memberi angan-angan bermakna dan membimbing pelajarnya merealisasikan angan-angan itu.
Happy Teacher's day!
Friday, May 15, 2009
Tiramisu Gembira Hatiku

Salam
Bahan-bahan
250gm whipping cream
250gm cream cheese
18-20 keping biskut span
170ml air kopi ( dicampur gula)
Serbuk koko secukupnya
30gm parutan coklat
Strawberries utk hiasan
Cara membuatnya
1. Pukul whipping cream sehingga kental. Ketepikan
2. Putar cream cheese hingga lembut. Pastikan cream cheese dibiarkan dalam suhu bilik sebelum digunakan
3. Campurkan whipping cream dengan dengan cream cheese, kacau rata
5. Celupkan biskut ke dalam air kopi. Susun beberapa keping dalam mangkuk kaca
6. Ratakan separuh campuran krim
7.Ayak serbuk koko diatasnya. Ulang langkah 5 hingga 7 sehingga habis biskut dan krim
8. Hiaskan dengan strawberries..
Gembira hati tengok dah jd Tiramisu
looks yummy?..tryla buat..hehe
Tuesday, May 12, 2009
Back from KBAZ
Salam
Pagi itu saya terjaga awal sebelum alarm berbunyi walaupun malam sebelumnya memang tidur lewat..alhmdulillah mmg bila kita semangat semuanya jd smooth kan..
Talk ni mmg sgt best.My fav panelist ialah Dr Azzam Tamimi..pandai jgk dia selit lawak dlm speech dia. Tambahan pula, dia mmg sgt bersemangat masa give talk tu..saya yg mendengar ni pun sgt tersentuh hati..
ooh
if only we have another Salahuddin Al-Ayubi..well and i'm sure will have it one day! Biiznillah
Moga saya yg menghadiri talk ni akan tetap teguh dengan tekad mendidik anak murid nanti umpama Imam Al-Ghazali mendidik anak muridnya. Salah seorang anak murid Imam al-Ghazali tersebut kemudiannya menjadi guru kepada Salahuddin Al-Ayubi..yup, changing the ummah just not take one day..
If an engineer makes a mistake, Only a building will collapse..
But if a teacher makes a mistake, the whole nation will destroy..
*Lets steadfast and be determined to boycott Israeli goods ( yeah, say no no to KFC,Mcd etc)
*Please... convey message to world ( jiran kamu, roomate kamu, family kamu so on) about Palestine..they might not know about this.
As for know, saya harus berjihad..jihad ilmu yg perlu diteruskan..Insya allah for the sake of Ummah and to achieve mardhotillah..Gambatte neh!
Please make du'a for me..
Moga jumpa lagi..Insya allah .Ja ne!
Friday, May 8, 2009
Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ)
Insya allah esok saya akan ke sana..alhmdulillah hati bulat dan tekad untuk ke cana juga walaupun takde org lain dlm kelas nak join..takpelah..junior2 pun ramai..perhaps boleh rapatkan lagi ukhwwah dgn junior2 nnti..
Walau kesibukkan melanda ( yup..in my mind : mqa, thesis, baking class, exam) saya rasa saya patut luangkan masa untuk kovensyen esok hari..sbg ganti utk masa yg akan di habiskan seharian esok, saya akan mengurangkan waktu berehat-rehatan dan bersuka-suka..hoho ( gambbte neh!)
Insya allah, moga Allah permudahkan urusan esok..
Thursday, May 7, 2009
Oh Oh
with MQA coming over us here..oh oh
they all run unparelly with the time available
strategic strategy to overcome
the insufficient time issue
the famous quote of the coming days would be :
lama2 macam ni boleh jd
sabar wahai diri
sabar lah dulu
sabar, sabar, sabar
sabar ye
ishbiri
Syed Qutb wrote
" Sabar yg sebaik-baiknya ialah sabar org yg bertenang,yg tidak disertai rasa marah,bimbang atau ragu kepada kebenaran janji. sabar org yg amat yakin kepada kesudahan natijah, redha dengan ketentuan Allah, merasai hikmah-Nya disebalik ujian, sentiasa berhubung dengan Allah, yang menyerahkan segala perhitungan di sisi-Nya dalam apa jua yg dialaminya "
So, verily, with every difficulty, there is relief.
Verily, with every difficulty there is relief.


Tuesday, April 21, 2009
Tadaima! Reading mode
Alhamdulillah baru usai submit all 5 assignments itu..hehe..Yattane!
Currently in reading mode padahal thesis tak siap lagi pun..oh my
Need to take a break for a while..perhaps to recharge battery ATP..hoho
huhu..tak jd la nak buat collection..*sigh*
adoyai~ insya allah kene hbiskan juga ASAP
[ petanda takleh p KLIBF 2009 ]
a-must-have-book! trust me *smile*
Sunday, April 19, 2009
Doaku

Bismillah Yaa Fattahu Yaa halim Bismillah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Bismillah, Bismillah, Bismillah
Yaa Robbiy sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri
Yaa Robbiy dengarlah doaku ya Robbiy
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Coba dan uji kan kulalui
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rokhim
Sunday, March 29, 2009
Monolog
Tuhan,Seandainya hati hancur
gerak
tangis
ratap dan bicaraku
kadang tak semurni
apa yang ku ikrar pada-Mu
kerana merindu
ku junjung terus
perintah-Mu
tuhanku
O Allah, my lord help me
help me
help me steadfast in the road of Islam
forgive me when i whine
i'm just merely human being
fragile at times and often lost on track
Bubur Nasi Kasih Sayang
Bahan-bahan
- 2 cawan beras
- Air secukupnya
- 300 gm udang sederhana
- 50 gm kernel corn
- 50 gm sweet peas
- 50 gm diced carrot
- 15 biji bawang merah
- salt
- daun bawang
- ikan bilis goreng
- kacang tanah goreng
- good dash of black pepper ( optional)
- Masak beras dengan air yg lebih shingga jadi bubur nasi.
- Masukkan udang, carrot dan corn
- Bawang merah tu semuanya dihiris nipis dan digoreng sehingga kekuningan dan dimasukkan ke dalam bubur nasi tadi..
- lastly, masukkan sweet peas dan garam dan pepper
- Hias dengan ikan bilis, kacang tanah dan daun bawang, boleh la dihidangkan pada yg sakit tadi..hehe..kalau ada air barli pun sedap juga..
Thursday, March 26, 2009
Demam
i rarely get sick and to be specifik [fever]..i even not remember when is the last time i get it..huhu..so, once sekali kene it will be bad..very very bad..hoho..kepala sakit, panas badan, sorethroat, mulut pun rasa pahit..makanan saya masa sakit ni ialah asam2..( oh oh oh..very unhealthy, tp time cmni je saya makan pun)
huh..ada ke sesape yg suka sakit ni? saya nak kata suka tak la..sebab ada satu hari tu saya kene ponteng kelas..mujur petang tu selamat dapat MC ( ni mc yg pertama tau!..hehe) ..nak kata tak suka sakit cmni pun tak jugak..alhmdulillah Allah bagi sakit ni bersebab ( there must be 'hikmah' )..moga2 ia menjadi penawar dosa2 yang lalu..( Allahumma Ameen
Terima kasih kerana sudi pandang hambamu yg penuh dosa dan noda
Terima kasih Allah kerana mendengar permohonanku..
Ya Rabb Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya Engkaulah harapan kecintaanku..
p/s : saya nak senyum byk2 lepas ni..cover tak senyum masa sakit demam..hehe..
Saturday, March 21, 2009
Makaroni Goreng
Bahan-bahan
- 1 Pack makaroni
- 3 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 6 tangkai cili kering
- 3 biji tomato
- 500ml air
- 300 gm udang
- jagung muda
- sweet peas
- sos tomato & sos cili
- garam & gula
- Blend bawang besar + 2 ulas bwang putih + cili kering yang telah direbus
- Rebus makaroni dalam air mendidih yg dicampur minyak dan sedikit garam sehingga al dente ( terlalu keras atau lembut..yg sedang2 je)
- Blend tomato dengan air untuk menjadikan jus tomato
- Tumis 3 ulas bawang putih yg telah dicincang sehingga naik bau
- Masukkan cili blend dan tumis lagi sehingga garing. Masukkan udang dan goreng selama 3 minit.
- Masukkan pula jus tomato + sos cili dan sos tomato. Biarkan mendidih selama 3 minit.
- Masukkan sayur2, gula, garam dan makaroni. Kacau sebati sehingga makaroni meresap kuah tadi..
- Siap untuk dihidangkan!
Thursday, March 12, 2009
Roti Kacang Merah
Salam..Yatta! berjaya membuat roti kacang merah..hehe..uyum2..kenapa roti kacang merah sangat sedap??..huhuk..Oishiii desuneee...Mari tengok recipe untuk buat roti kacang merah ni..saya ambik kat cini..
Bahan-bahan ( 12 biji )
- 120 ml air
- 250 g tepung roti
- 30 g telur
- 10 g susu tepung
- 40 g mentega
- 40 g gula kastor
- 1/2 camca teh garam
- 1 camca teh instant yeast
- 1/2 camca teh bread improver dan 1/2 camca teh bread softerner (optional)
- BAHAN2 LAIN:-
- Inti kacang merah secukupnya
- Sedikit mentega utk disapu
Cara-cara
- Masukkan kesemua bahan mengikut turutan kecuali "BAHAN2 LAIN", ke dalam bread maker. Pilih setting utk doh dan on kan. Tunggu sampai siap.
- Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Bahagi 12 dan bulat2kan. Rehatkan 10 minit.
- Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda (lebih kurang 35 minit). Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12 minit. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.
ohh..saya takde breadmaker..so uli manual jek..hoho..
Tuesday, March 3, 2009
Penah Dengar Teori Evolusi Cinta?
“Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.
“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.
Keras bunyinya.
Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.
“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.
“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.
Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.
‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU
Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah.
Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah.
Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.
“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“”Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka” [al-A'araaf 7: 163]
Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.
“Asfala saafileen,” kata al-Quran.
Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:
“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!” [al-Baqarah 2: 65]
Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.
Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.
BATAS PERGAULAN
Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:
“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]
Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.
Hijab itu tafsirannya luas.
Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.
Apakah tujuannya semua itu?
Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.
“Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.
Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.
Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.
Iaitulah soal HATI!
“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”
Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?
Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.
Mulut kalian tidak menyebut.
Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.
Tubuh kamu tidak menampakkan calar.
Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.
Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.
Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.
Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!
Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.
Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta.
sumber : http://saifulislam.com



