Monday, April 8, 2013

Sakinah Mawaddah Wa Rahmah



Salam wbt

Dah lama puan rumah tak update, dah bersawang murasakinaichigo. A lots of things happen since my last update and alhamdulillah I cannot thank Allah enough for the all blessing. Alhamdulillah alhmdulillah alhmdulillah. Terima kasih Allah atas nikmatmu. Semoga hambamu ini tidak alpa dengan nikmat yang diberi malah bertambah tunduk melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan mu. 

Indeed, good things come those who wait. Just be patient and Allah have something special for u and me. Have faith to Allah. Keep a good mind to Allah.

When we seek the things we love through the means or through ourselves, we hurt ourselves, we hurt others, and we don’t reach what we are seeking. We become terrified of losing what we love, so we engage in different forms of ‘chasing behaviors’. But, ironically chasing the creation only makes it go further away. To have what you love, seek it through Allah. What is sought through Allah is never far away. And never lost. Sometimes it waits for you in jennah, but the believer already has everything he loves. Some of it is given in this life; some is given in the next. But it is always given, and is already yours.

Thank you abang, inshaa Allah cinta kerana Allah. Ameen

Tuesday, March 12, 2013

Hati

Salam wbt

Nampaknya dah habis study pun busy yang tak sudah-sudah

hari ni terdetik nak menulis, sebenarnya tengah rasa sedih

Ya Allah rasa mcm diri ni ghurabaa'. yes ghurabaa' org asing. rasa mcm sendiri. i don't know how to express my feeling of emptiness right know.

Ya Allah, mereka mmg takkan pernah fhm dengan apa yang aku buat dan kenapa keputusan tersebut yang ku ambil.

Memang benar, kdg2 Allah mahu kita rasa lonely tanpa manusia yang selama ni kita sangat bergantung dan sayang hanya utk menyedarkan kita bahawa Allah lah yang tak pernah meninggalkan kita. through our hard and happy times, salah atau betul kita. Allah, allah ampunkan kelalailanku. ampunkan aku kerana merasakan kehadiran hambamu lebih penting dari mu.


Allah

*nanges*

Friday, February 1, 2013

Quick Update

Salam wbt

Just a quick update, jam menunjukkan pukul 12.48 a.m. Balik usrah tadi pun dah pukul 11 lebih.

Its late already, tapi nak stay up to finish up school work. Bukan murid je yang ada kerja sekolah, cikgu pun ada jugak.huhu

Tak sempat nak berceloteh panjang, lets the picture speak. Alhmdulillah ala kulli hal..finally *senyum relief*



Thank you Allah *sob sob*

Boleh menyambung kembali jawatan master chef, kecian blog masakan dah jd blog celoteh

Will update more recipes soon

Biiznillah

Till then

Salam wbt


Monday, January 14, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, alhamdulillah alhamdulillah

Tiada kata dapat menggambarkan perasaan syukur dalam hati. Thank you dear Allah for the gift of solace and a calm heart. Alhamdulillah *senyum lebar*

Finish sitting for final paper for this semester and definitely this is the last one. Alhamdulillah. I'm sure I will miss all the memories in this two years of bitter, sweet, sour, tears, laugh and many more. Rasa lega juga dah hantar assignment Behavior Disorder yang sangatla terlewat, I pray that Allah will soften the heart of Dr Y..

All in all, I can say that I'm merdeka already, but one thing still on the hold, I'm still waiting for the feedbacks for my thesis. Apa-apa pun, in shaa Allah perkara tu mungkin memerlukan efforts yang tak begitu banyak untuk ditangani. *Really hope*

After exams just now, I went to Pusat Kesihatan Mahasiswa and having a teeth scalling. Scarry but I have to embolden myself. It was really hurts. Seriously, I should be more particular while brushing my teeth and have to consistenly gargle a brine to prevent a bleedings gums. Despite the hard time during scalling time, Alhamdulillah the nurse and the dentist was very polite, friendly and helpful.

Mulut rasa sangat bersih, yeay!

Thinking of cooking something for dinner tonite. When I'm happy I love to cook and share with my love one..

Tunggu update resepi. 

Till we meet again *smile*

Sunday, January 13, 2013

Ahad yang penuh semangat

Assalamualaikum wbt

Hari Ahad yang penuh semangat..

Lepas subuh hari ni

------> Baca Al-Quran
------> Kemas bilik
------> Basuh kain baju
------> Mandi manda

Begitu bersemangat despite batuk-batuk dan selsema lagi

------> Sidai kain
------> Bergerak menuju ke UTM bersama Fateh kesayangan
------> Sampai UTM terus ke Kafe Meranti bersarapan siap tapau lagi persediaan nak bertapa di PSZ
------> Park Fateh di PSZ
------> Dapatkan bilik Carrel K70
------> Pergi MSI, lupa nak dhuha di rumah
------> Masuk balik PSZ, bukak beg cari buku Human Development

Suddenly realize one thing, I left that book on the table!
Uwaaahaa, harunya rasa hati, di pagi hari Ahad yang begitu begitu bersemangat nak study ni, buku pulak tertinggal. Aduhai..

Nak pergi cari buku dulu kat PSZ, kot-kot ada buku yang sama atau lebih kurang....

Kalau balik rumah mcm rugi, lagi pun stado bukannya study. dan nak ambik Kak Pah kat airport petang nanti senang straight dari UTM lagi dekat..





Saturday, January 12, 2013

Surat Chenta

Assalamualaikum wbt

Senyum lebar, hati berbunga-bunga..

Yeay dapat surat chenta!

Haish, jangan fikir yang bukan-bukan ye..tengok kat tepi blog ni, "No love until akad"

Surat chenta dari anakanda murid tersayang, dapat dari tahun lepas around November, baru terperasan tak sempat baca pun.uhuuhu. Terjumpa surat ni waktu nak bukak buku Human Development tadi. Nampak sangat baru nak baca buku. Exam is on Monday. May Allah ease,give me ilham and strength to do the best.

Rasa sangat terharu baca surat ni, as I'm reflecting on myself. Banyak-banyak lagi perkara yang belum ditunaikan kepada anak-anak ini, mohon maaf atas kekhilafan guru mu ini.

In shaa Allah, lepas ni nak reply surat ni and plus special gift. 

Blog ni dah jadi blog diari luahan perasaan pulak ye...hehe

Tunggu update resepi lepas tuan rumah habis final exam. In shaa Allah

Till we meet again



Hari Sabtu yang...

Assalamualaikum

Hari ni hari Sabtu. Hari Sabtu yang best untuk :


  • Pergi jogging
  • Pergi pasar tani larkin
  • Kemas bilik
  • Do laundry
  • Buat sarapan yang best-best i.e nasi lemak ayam berempah, bihun goreng, nasi berlauk
  • Buat bahan decoration class

But, for now I don't have time to do things listed above. Few days more untuk merdeka dan hopefully bolehlah pasni buat perkara-perkara yang best kat atas tu.


Few days more...

For now mari berusaha hingga ke titisan terakhir !

Wednesday, January 9, 2013

2013

Assalamualaikum

Officially this is my first post for this year, 2013

2013 dah? Masha Allah, time really flies.

Permulaan tahun baru yang tak berapa nak baik, now having cold, mild fever and sore throat

Siksanya, its been 2 weeks already, and its getting worse. Me pulak tak reti nak mintak cuti. So, hari ni sudah sangat-sangat tidak tertahan. Keluar sekolah tengahari tadi punch card pukul 1.57. I know, kalau tunggu lagi 3 minit legal la keluar sekolah. Since saya keluar pada pukul 1.57, ni kira illegal.hoho.I don't care,  I try my very best not to take MC, selagi boleh bangun pergi sekolah, I will go.

I really feel demotivated. Specifically with school. It hurts when people look down on you. Deep in my heart, I really love and enjoy being a class teacher. I love decorating my class. It just that I don't have enough time to do it. for now.I repeat FOR NOW. Be patience pleeasee! I'm not that type of anak-dara-yang-duduk2-goyang kaki di rumah-ok 

I've been struggelling wit research 2, asssgmnts, exams and being ill at the same time

Sangat-sangat berharap saat-saat sukar ni cepat berlalu pergi.. I want to keep in track with school. May Allah ease everything

Duaas please

Jzkk





Tuesday, December 25, 2012

Less than 24 hours




إذا سألت فاسأل الله وإذا استعنت فاستعن بالله



Jika sekiranya kamu ingin meminta, mintalah pada Allah dan jika sekiranya kamu ingin memohon pertolongan, mohonlah pada Allah

Sunday, December 23, 2012

Bertahan !


Salam wbt

Ya Allah, rasa nak muntah dah ni. Still working on Chapter 4. 

*nanges* 

I thought it can be finished by this this afternoon, rupanya part inferential analysis ni lebih memeningkan

Pening
Peninnnnng 

Rasa nak muntah dah ni

Dalam kepala asyik terbayang R square, df, mean difference, sig 2 tail.bla.bla.bla

*nanges lagi*

Kelaparan pun melanda, bilik penuh dengan kertas dan buku 

Bestnya kalau ada orang hantar makanan...

Nak order pizza mcm unhealthy, dahla seharian terperap asyik duk menaip di Humaira' Toshiba

Humaira' Toshiba cyg, 
Pls be kind to me ye...jgn nkl2, jantungku nyaris berhenti waktu kamu taknak on tadi. Takut ok.

*nanges tak berlagu*

Bertahan

Bertahan 

Bertahan buat kesekian kali

Tadabbur Surah Al Insyirah


So, verily, with every difficulty, there is relief


Verily with every difficulty there is relief


Bertahan!

Friday, December 21, 2012

Nur-Hikari-Cahaya-Light

Slm wbt

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Thank you Allah

After days and days of tears, finally I found the light.Alhamdulillah

It doesn't mean that its going to be easy, no0

It is still hard, but at least I felt relief. In shaa Allah

I'll continue till the end

Please make dua for me and my friend Soraya Lin, lots of it

She inspired me to continue until the end. U go girl !

Jzkk to Kak Pah, my sweeeeet sis who never fails to motivate me and lend me her shoulder to cry on

Jzkk to my Adik Kerry cyg, for helping me typing the questionaire and accompany me to eat Nasi Kerabu

Mengidam mengalahkan orang mengandung.

Enough talk, till I write again

Gambatte!




Tuesday, December 18, 2012

Sunday, December 16, 2012

K78

Salam wbt

Senyum senyum senyum can't help my self dari rasa nak senyum

Mesti pelik agaknya pak cik Iran ng Chinese boy kat sebelah bilik carrel ni tengok saya tersenyum-senyum

Senyum sambil key-in data pulak tu =))

Alhmdulillah makin laju buat keje

I've told you right, don't give up. U can do it

The skies is the limit!

Allah Allah Allah 

Thursday, December 13, 2012

Panic

Salam wbt

Yesterday was Wednesday
Today is Thusday
Tomorrow is Friday

Oh noooooo

Uwaaaa* nangesss*

Macamane ni, semalam punya goal tak tercapai

Goal for yesterday- 50 questionaire
Achievement for yerterday- 38 questionaire. erk, itu pun campur yang hari Selasa punya

Ya Allah, seriussly panic

Ya Allah mohon kekuatan dari mu

Hasbi Allah Wani'mal Wakeel

O Allah indeed you are my saviour

Wednesday, December 5, 2012

Unknown






Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk bernafas di bumiNya.

I know i shouldn't write a blog right now, but still i'm here. Typing, writing....

Now at PSZ. Bertapa buat kesekian kalinya. I reaaaally hope, i manage to finish this task. Dear Allah, please guide me, give me strength to go through this test..Secara logiknya, kalau difikir-fikir kalau tidur di PSZ pun macam tak boleh siap.huuu.


Shoooshh away all the bad feelings....Mesti bersemangat, pleaseee!

In shaa Allah... have faith

So, verily, with every difficulty, there is relief

Verily with every difficulty there is relief 

Despite this hardship, I thank Allah for a wonderful people in my life, their kindest heart and prayers give me strength. Alhamdulillah...


Ok. Now focus, SPSS here I come

Bismillahirahmanirahim

Wednesday, May 2, 2012

Jangan berkira dengan Allah

Maluuu..Allah, Ighfir Zunubi..


Jzkk, this an excerpt from here


Bismillah..
Apa khabar?
Dah solat?
cukup 5 waktu? Tahniah, alhamdulillah..
Dah berdhuha?
Dah bertahajjud minggu ni?
Sunat qobliyah dan ba’adiah macam mana?
Sunat taubat dan hajat pula?
Witir?
“alahai itu kan sunat..tanya-tanya, macam lah dosa pulak kalau tak buat.”
Oh ok, sorry.. Cuma, apa lah salahnya melebihkan amal ibadah sikit, terutamanya itu ha bila ada masa-masa lapang tu. Kalau bukan sebagai kewajipan pun, sebagai tanda syukur. Takkan lah itu pun nak berkira dengan Allah, Dia duk bela selama ni bagi macam-macam dah..huhu
++++++++++++

Ibadah buat syarat
Kita ni kalau orang kata “kau ni sembahyang sebab janji buat je ke?autopilot? ”
Aih. Marah.
“biar Allah je yang judge, ok..” katanya.
Tapi, tipu lah kalau tak pernah ada rasa macam, “asalkan settle yang wajib sudahlah. Sunat-sunat tu, lah, nama pun sunat..”
Satunya, kenapa lah itu pun nak berkira dengan Allah. Apa salahnya spend masa lebih sikit untuk buat yang sunat-sunat tu. Allah dah bagi macam-macam dah. Yang memang keperluan Dia dah penuhkan, yang kehendak pun Dia bagi juga. Tapi kita, ‘asalkan settle yang wajib sudah.’
Baiklah apakata kita cuba buat analogi; si ayah nya kata dia dah spend duit dah untuk anaknya. Ditanya, dia spend apa? Dia kata, dia bagi makan, pakaian, tempat tinggal dan hantar pergi sekolah.
La..itu dah memang wajib, memang tanggungjawab dia pun. Rela tak rela, memang kena! Tapi ada ke dia belikan si anak tu hadiah yang dia nak sangat-sangat, basikal ke, buku ke, pistol air ke.. Berapa kali si ayah tu belikan kek harijadi, atau bawa pergi bercuti tanpa diminta?
Ok analogi lagi: Bayangkan pihak kerajaan satu negara ni kata, dia dah bagi macam-macam pada rakyat. Jadi rakyat kena sokong dia. Kita tanya, bagi apa? Katanya, bekalan air, elektrik, sekolah, jalan raya segala. Hmm, again, itu dah memang wajib. Sesiapa pun kalau disokong menjadi kerajaan, dia akan kena sediakan semua tu.
Habis macam mana?
Ini lah jadinya kalau buat sesuatu ‘sebab syarat’ je. Maksudnya, buat supaya settle tugas je. Bukan sebab nak menghargai pihak sana.
Takkan sama seorang anak yang hantar duit setiap bulan kepada emak dia sebab dia tengok semua anak bila dah besar akan buat macam tu, dengan anak yang hantar duit sebab itu yang termampu dia buat untuk ringankan beban mak dia yang dah tua dan untuk senangkan hati mak dia lepas semua yang mak dia lakukan untuk dia. Erk, macam pusing-pusing sikit, tapi faham kan?
Takkan sama anak yang jenguk ayah dia di kampung hanya sebab dia KENA jenguk, dengan anak yang buat macam tu sebab memang dia NAK jenguk and ambik tahu apa kabar ayah dia tu.
Pointnya, beribadah sebab memang WAJIB dan KENA itu menunjukkan patuh. Which is bagus, alhamdulillah, syabbbas! Anda cemerlang!

 “Katakanlah: “Ta’atilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, Maka Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir”.
(Ali Imran:32) 

Namun, apalah salah nya kalau taat dan patuh itu diiringi dengan rasa syukur yang diekspresikan dalam bentuk perbuatan – dalam bentuk amal yang extra.
Misalnya, kan elok di perpanjangkan solat (dengan munasabah) berbanding asyik nak habis cepat-cepat, bacaan pun laju-laju, ayat-ayat ringkas, balik-balik al-kauthar. Kan elok diperbanyakkan sujud (maksudnya kerjakan solat sunat, bukan pandai-pandai menambah bilangan rakaat) tanda tunduk dan syukur pada Allah dan kekuasaanNya. Kalau sudah terjaga di tengah malam tu kemudian tak dapat lelap semula, dan esok pula cuti, apalah salahnya bangun dan bertahajjud.

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “Sembahyang Tahajjud” padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.
(al-Isra’: 79)

Rata-rata kita ni nak cepat-cepat bangun dan pergi selepas dah habis solat. Padahal, bukan ada hal mustahak pun, lepas tu nak sambung tidur. Atau online. Atau jalan-jalan. Eh, takut pula saya cakap macam ni. Sebab saya pun tergolong dalam golongan ini. TT_TT
Baiklah, apapun, marilah kita perbanyakkan ibadah sunat. Kerap-kerap kan berjumpa Dia, biar terjalin hubungan yang rapat dengan Maha Pencipta yang agung itu. Buang lah pemikiran “ala dah nama pun sunat kan, sunat je la..” atau “janji settle yang wajib..”
Jangan lah kita ni berkira sangat untuk spend masa dan tenaga beribadah kepada Allah, kan Dia dah berikan macam-macam.
Kita selalu dengar, “jagalah hak Allah dan Allah akan menjaga hak kamu”. ihfazillah, yahfazka. Kita nak Allah perkenankan permintaan-permintaan kita, kita nak Allah rezekikan kita, kita nak Allah pelihara dan jaga kita setiap saat. Tapi kita ‘kedekut’ untuk ‘bodek’ Allah lebih sikit. Tak segan ke? Aduh.
lebih-lebih lagi para Daie. golongan yang mengaku diri mengajak manusia sama-sama kembali kepada Allah. tapi, ibarat kata seorang hamba Allah ni,
jika dai’e nya sahaja lemah, tahajjud tak pernah buat, baca quran sekali sekala, mathurat setakat gitu-gitu sahaja, masih buang masa main games, chatting dengan perempuan/lelaki, umat ini mahu bergantung pada siapa lagi? (k,imtiaz)
Sedangkan Nabi pun bertahajjud sampai bengkak kaki nya. Bukan nak suruh terhapus dosa, Nabi mana ada dosa. Bukan nak suruh murahkan rezeki, Nabi sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang baginda ada. Bukan nak suruh dapat pahala lebih sebab nak masuk syurga, Allah kan dah janjikan baginda memang tak ada dosa dan akan masuk syurga, siap boleh syafaatkan umat lagi.
Tapi bila ditanya oleh Aisyah, kenapa baginda rajin macam tu,
“salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?” katanya. (muttafaq ‘alaih)
Marilah, cari dan adakan masa untuk melebihkan waktu bertemuNya. Pasti Dia mengalu-alukan. Tak perlu berkira sangat, masa dan tenaga tu. Ekspresi kan syukur dalam perbuatan. ‘hadiahkan’ Allah dengan pertemuan yang tak disangka-sangka, pasti Dia akan hadiahkan kita dengan nikmat yang tak disangka-sangka. (:
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
(ad dhuha:11)

Thursday, April 26, 2012

Kebergantungan kepada Allah

taken from this blog.. http://diaridakwah.wordpress.com/

Kebergantungan kepada Allah
Kita seringkali takut dan gusar dengan sesuatu perkara yang akan terjadi di masa depan sehinggakan kita kadang-kala menjadi murung ataupun sedih memikirkan pelbagai kemungkinan yang buruk yang mungkin berlaku pada nasib diri kita. Ada orang yang risau tentang nasibnya dalam pelajaran samada dia mampu mendapatkan segulung ijazah ataupun tidak. Risau sekiranya dia mungkin gagal dan tidak mendapat pekerjaan yang baik nanti. Ada yang risau bentuk perkahwinannya nanti bagaimana. Siapakah calonnya? Apakah rumahtangga yang bakal dibina itu akan bahagia atau sebaliknya? Semuanya itu membuatkan kita berasa sesak dan sempit sedangkan masih banyak lagi perkara yang sedang berlaku dalam kehidupan kita untuk kita uruskan pada waktu  dan saat ini.
Oleh itu, serahkan lah urusan hidup kita hanya kepada Allah swt kerana Dia lah pemilik jiwa dan kehidupan kita. Segala ketetapan Nya pastinya yang terbaik untuk kita samada kita dapat melihat kebaikan itu mahupun tidak. Yakinlah bahawa urusan rezeki, jodoh dan ajal kita sudahpun ditetapkan oleh Allah swt. Bagaimana pun jalan cerita yang bakal terjadi dalam kehidupan kita ini, semuanya itu tidak akan berubah kerana telah ditetapkan. Walaupun seluruh dunia dan isinya ingin memiskinkan kita, mereka tidak akan mampu sekiranya rezeki itu Allah swt tetapkan untuk kita. Jadi, mengapa perlu risau dengan semua itu? Mengapa perlu bersangka buruk kepada Allah swt? Yang paling penting adalah untuk kita mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan dan menghargai setiap saaat daripada kehidupan yang sedang kita jalani ini. Janganlah kerana risaukan perkara-perkara yang akan terjadi di masa depan itu mengganggu kebahagiaan hidup yang sepatutnya kita miliki ini.
Kita serahkan lah semuanya kembali kepada Allah swt. Nak lulus exam, nak dapat kerja, nak kehidupan yang bahagia, nak siapkan coursework, nak menang main bola, nak memujuk orang, nak dapat hidayah, nak jadi baik, nak masuk syurga etc…..semuanya kita bergantung 100% hanya pada Allah swt! Sentiasalah bersangka baik kepada Allah swt kerana salah satu sifat-Nya ialah Maha Suci, yang bermakna suci dari sebarang sifat-sifat yang buruk. Jadi, segala yang terjadi kepada kita nanti semuanya adalah yang terbaik menurut ketetapan Allah swt. Bila hati kita sentiasa bersangka baik dengan setiap hal yang berlaku, barulah hidup akan bahagia dan tenang selalu.
“Sungguh mengagumkan urusan orang mukmin itu, setiap urusannya adalah baik. Tidaklah ini berlaku melainkan hanya kepada orang mukmin, jika dia mendapat sesuatu yang menggembirakan, dia bersyukur maka itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu juga baik baginya.” (Diriwayatkan oleh Muslim)
Jadi, janganlah bersedih lagi. Manfaatkan kehidupan sebaiknya. Sentiasa positif dengan hidup, insyaallah kejayaan menanti kita!

Sunday, February 19, 2012

Trust



Hati

Don't worry too much, pleasee

its ok

really

its ok

Don't worry

tenanglahh

Allah kan ada

Janji Allah tu kan benar

tak percaya ke

Betul la

Janji Allah itu benar

Allahh

Allahh

Dahlah tu

Yang penting jaga hubungan dengan Allah

Baiki yang kurang banyak sana- sini

Banyak sangat

Keep trusting in Allah

Keep having a good mind to Allah

Don't worry

Everything will be fine

Yes

Insha Allah

* smile*

Saturday, February 18, 2012

K.U.P



Sayangilah Palestine adik-adik. Mereka memerlukan sokongan kita. Jom beramai-ramai ke KUP!! Best tau kita berkhemah beramai-ramai, ada water confidence, night walk dan macam-macam lagi sambil JATUH CINTA kepada Palestine ♥ ♥ ♥

Hubungi kami dan daftar. Jangan berlengah lagi ♥