Each and every season Allah has made for you and me to marvel at His wonders and praise Him thankfully
Thursday, December 2, 2010
Sunday, June 20, 2010
Sizzling Macaroni
Bahan-bahan
- 2-3 sanggul (gulung) yee mee
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
- 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
- 3 biji cili kering- potong 2
- 2 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1/2 in halia- hiris nipis
- Serbuk lada hitam
- garam- secukup rasa
- Beberapa titik minyak bijan
- 1 sudu besar tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
- sedikit minyak utk menumis
Cara-cara
- Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
- Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
- Masukkan 2 cawan air.
- Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
- masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
- Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
- Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
- Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.
Saturday, June 19, 2010
Kung Pao Chicken
600 gm isi ayam - potong dadu
1 s/b tepung jagung
1 sk garam
- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.
Bahan B
100 gm kacang gajus - [kakliza beli yg dalam paket kat kedai tu]
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 biji lada bengala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm sos tomato
1/4 cwn air
minyak tuk menumis
Cara
1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali
2. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan
3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
4. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
5. Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api
Friday, June 18, 2010
Sup ayam lengkuas
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam sederhana besar, potong ikut suka
1.5 liter air
500 ml santan (boleh guna 3/4 tin susu sejat)
1 biji bawang besar, belah 4
5 helai daun limau purut
3 batang serai, dititik
60 g lengkuas, dihiris nipis
7 biji cili padi siam, diketuk
2 camca besar sos ikan "nampla"
10 biji cendawan butang, belah dua
100 g cendawan telinga kera @ black fungus jenis segar
1/4 biji kobis
1/2 camca besar gula
4 biji limau nipis, perah jusnya
1 genggam daun hirisan daun ketumbar
3 camca besar sambal "khas" (resipi dibawah)
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Belahan cili padi untuk hiasan
BAHAN SAMBAL "KHAS" :-)
1 cawan cili kisar
1 camca besar gula pasir
6 camca besar sos ikan
3/4 cawan minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan jus limau nipis dan perap 20 minit, cuci kembali dan toskan. Kobis dipotong kasar2, cuci dan toskan.
- Dalam periuk, satukan serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi ketuk, belahan bawang besar dan jerang hingga mendidih. Masukkan ayam tadi bersama2 sambal khas, cendawan butang dan black fungus. Biar mendidih selama 25 minit atau hingga ayam masak.
- Tambah daun ketumbar, sos ikan, gula dan kobis, biar mendidih sekejap dan masukkan santan, biar mendidih perlahan.
- Akhir sekali tuang jus limau nipis tadi. Kacau rata dan biar masak sebentar, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam atau sos ikan. Jika suka masam, perah jus limau nipis lagi.
- Hidangkan panas dengan taburan daun bawang dan cili padi hiris....Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi dan mee...Jika menggunakan susu cair, jgn didihkan lama sangat, cukup sekadar mendidih sahaja....
- UNTUK SAMBAL KHAS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili tadi, masukkan gula dan terus menumis hingga cili garing. Matikan api dan masukkan sos ikan, kacau rata. Boleh digunakan untuk sup ayam lengkuas
Wednesday, June 16, 2010
Pineapple Carrot Cake
|
Ingredients: For Cake: ¾ cup vegetable oil ¾ cup golden brown sugar, packed 3 eggs ¼ cup pure maple syrup 2 tsp grated fresh ginger 1 2/3 cups all purpose flour 1 tsp baking powder ½ tsp baking soda ½ tsp salt 1 tsp cinnamon 2 cups grated carrot 1 cup diced or crushed pineapple, fresh or tinned (drained) For Frosting: ½ cup cream cheese, room temperature ¼ cup unsalted butter, room temperature 1 ½ cups icing sugar, sifted 1 ½ tsp vanilla extract |
Method: 1. Preheat oven to 325° F. Grease an 8-inch square pan. Whisk together oil, brown sugar, eggs, maple syrup and grated ginger. In a separate bowl, sift flour, baking powder, baking soda, salt and cinnamon and stir into wet mixture to blend. Stir in carrot and pineapple and pour into prepared pan. Bake for 1 hour and 15 to 30 minutes, until a tester inserted in the center of the cake comes out clean. Allow to cool completely before icing. 2. To prepare frosting, beat cream cheese and butter together. Beat in icing sugar until smooth and stir in vanilla. Spread over cooled cake and store chilled until ready to serve. |
Macaroni Seafood Gratin
Bahan-bahan
200 gm macaroni (bila rebus letak sedikit minyak)
1 cwn udang (kopek kulit dan ptng 2)
1 cwn crab stick (potong 2-3)
1 labu bawang besar (mayang halus)
2 sudu besar mentega
2 cwn mozarella cheese
Cara-cara:
1. Rebus macaroni hingga lembut, bila dah lembut..angkat dan lalukan dngn air paip dan toskan.
2. Panaskan mentega,tumis bawang hingga layu
3. Masukkan udang & crab stick dan gaul rata. Masak sebentar sahaja.
4. Perasakan dgn sedikit garam dan lada hitam. Masukkan macaroni dan gaul sebati.
5. Matikan api, angkat dan ketepikan dulu.
**White Sauce**
2 sudu besar mentega
1 cwn susu segar
1 tin mushroom soup
2 cwn air
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit oregano kering-utk tabur
Cara-cara masak White Sauce
1. Panaskan butter, masukkan tepung dan gaul cepat2, masukkan pula susu, air dan mushroom soup. Gaul sebati, masukkan pula garam dan lada hitam. Ketepikan dulu.
Cara Penyediaan
1. Sapu mangkuk casserol dgn mentega dan letakkan campuran macaroni tadi.
2. Taburkan mozzarella cheese di atasnya dan tuang white sauce.
3. Taburkan sedikit oregano kering diatasnya dan siap utk di bakar.
4. Bakar selama 30 minit. Sedap di makan masa hangat2. Selamat Mencuba
Saturday, January 23, 2010
Fruit Tart
Memang dah lama sungguh saya tak update blog ni kan..ishk ishk..masha allah.. Banyak sebenarnya cerita yang nak dicoretkan, namun apakan daya kekangan masa (ceh alasan jek) honestly diri ni mmg tak kuat mujahadah untuk update blog.Each time buka blog ni, saya hanya mampu memandang dengan pandangan kosong je..huuhu..my bad my bad..so officially this is my 1st post for 2010 .Marilah tengok resepi fruit tart yang saya buat masa cuti sekolah hari tu..a-must-try-recipe i can say..simply delicious..Kamu jangan tertipu dek 'cunnya' rupa fruit tart ni eh, mesti terbayang complicated nak buat tapi hakikatnya simple je...trust me.Tak sabar nak buat lagi tart ni..heee..Selamat mencuba *wink wink*
Bahan-bahan ( Anggaran dlm 40 biji saiz mini )
250 gm butter, suhu bilik
120 gm gula ising
2 biji kuning telur
440 gm tepung gandum, diayak dahulu
1 tsp esen vanilla
Inti Kastad: 2 tbsp tepung gandum
2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung
8 tbsp gula kastor
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 tbsp (30 gm) mentega
Buah Utk Hiasan: Strawberry + Grape + Kiwi
Cara-cara
1. Adun semua bahan hingga menjadi doh. Gelek diatas papan pencanai setebal 5mm.
2. Susun acuan tart diatas dulang pembakar. Ambil sedikit doh lalu tekapkan ke atas acuan, tekan sedikit untuk memasukkan doh tersebut di dalam bentuk acuan & trim dengan pisau di tepinya.
3.Panaskan oven pada suhu 175C.
4.Cucuk dengan garfu di tengah2 doh tersebut lalu bakar selama 20min atau sehingga kekuningan.
5.Keluarkan dari oven & tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan.
6.Cara Membuat Inti Kastad: Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil.
8. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.
9.Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. *Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.
10.Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati. Ketepikan seketika utk proses pengisian pada tart.
11. Ambil sesudu kecil inti kastad & bubuh ke dalam mangkuk tat yg telah sejuk tadi. (boleh mengisi isian kastad ini ke dlm piping beg lalu picitkan satu-persatu pd mangkuk tat)
p/s : Sorry gambarku yang agar blurr itu..ahh..I wish I have a DSLR ..*berangan jek*
Moga jumpa lagi..Insha Allah..